Ready to be Somebody
4 Feb
Salam Hormat,
Apa khabar anda semua, harap-harap anda semua sihat dan sentiasa kekal sihat. Insya Allah.
Ok, kali ini saya ingin konsi pengalaman saya yang telah mengunakan khidmat pengiklanan berkesan di sebuah forum yang cukup terkenal bagi para blogger di Malaysia. Pastinya ramai yang telah menggunakan khidmat pengiklanan yang disediakan di forum ini.
Untuk pengetahuan anda pengiklanan di forum ini adalah berbayar. Harga yang ditawarkan adalah harga yang berpatutan dan juga mampu bagi blogger-blogger kecil yang baru berjinak-jinak dengan dunia IM ini.
Bagaimana pula hasil dari pengiklanan disini ya. Berdasarkan pengalaman saya hasilnya positif iaitu pengiklanan yang boleh saya dikatakan berjaya untuk pertama kali saya mecuba beriklan disini. Tak salah jika kita mencuba kerana traffik yang datang dari forum ini pastinya Traffik yang berkualiti dan juga mempunyai minat yang sama didalam bidang IM ini.
Purata traffik yang dibawa dari pengiklanana disini amatlah tidak mengecewakan kerana setiap hari pasti ada pelawat yang datang ke website anda dan traffik yang tiba ini berpotensi menjadi pembeli kepada produk/perkhidmatan anda.
28 Jan
Salam hormat para blogger dan pembaca yang sudi membaca entri disini.
Perancangan amat penting dalam melakukan sesuatu perkara. Tanpa perancangan yang rapi dan teliti pasti menimbulkan kegagalan. Bagi saya perancangan yang sesuai dilakukan adalah pada ketika kita masih dalam keadaan yang selesa ataupun masih lagi dalam rangka kerja sebelum sesuatu perancagan itu dijalankan.
Apa-apa pun perlukan perancangan, sebab bila kita merancang pasti ada sesuatu yang baru kita temui atau perolehi. Ketika peringkat perancangan bermacam-macam idea akan dikeluarkan serta secara tidak lansung pasti akan muncul idea-idea kreatif di keluarkan.
Banyak perkara yang dilalui mengajar kita untuk membuat perancangan terlebih dahulu supaya hasil yang akan diperolehi bermanfaat serta mendapat kepuasan. Perkara yang berkait rapat dengan perancangan ialah rangka kerja.
Rangka kerja boleh dilakukan sebanyak mana yang kita mahukan selagi idea yang ada kita usahakan untuk merangka. Setiap rangka yang diperoleh ini apabila dicantumkan pasti nya kita akan lebih yakin dengan apa perancangan adalah seperti yang dijangkakan.
Entri ini berkait rapat dengan perancangan saya untuk memantapkan lagi susun atur, langkah demi langkah bagaimana untuk saya melakukan Internet Marketing ini. Rangka-rangka yang ada saya akan cantumkan satu demi satu. Mudah-mudahan apa yang dirangka untuk perancangan ini mudah serta mendapat berkat.
Apa-apa pun perancangan yang anda lakukan kunci ialah FOKUS serta menumpukan perhatian pada perancangan itu sendiri!
26 Jan
Salam Hormat,
Kepada pengunjung blog ini, apa khabar? Terima kasih kerana sudi menjenguk disini. Alang menjeguk boleh tinggalkan komen kat ruangan komen di bawah.
Entri kali ini yang bertajuk Masalah Menguji Kesabaran dan Kekuatanku, dan ini adalah True Story. Pertama sekali dengan kekuatan yang ada ini dapat juga menyiapkan entri ini. Apa masalah yang saya hadapi minggu yang lalu? Huh.! pelbagai yang dihadapi antaranya berpindah ke tempat baru, kenderaan rosak perlu di baiki dan melayan karenah orang yang tamakkan kuasa a.k.a Power Crazy.
Kesibukan masa dan mental yg lemah membuatkan keinginan untuk berblogging menurun, dan bila dah satu-satu masalah diatasi Alhamdulillah kekuatan datang kembali untuk meneruskan aktiviti berblogging yang lama saya tinggalkan ini.
Masalah yang dihadapi perlu kita atasi dan bagi saya setiap masalah yang kita alami itu adalah kerana kita mampu untuk mengatasinya. Tuhan uji kita selagi hambanya mampu, bagi saya itu cukup memberikan 1001 satu makna semasa menangani sesuatu masalah. Apa-apa pun,jika KITA ingat Tuhan insya-Allah tuhan pun akan ingat kat kita. Peringatan ini untuk saya dan semua yang membaca.
Setiap apa yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya, pasti ada baik buruknya dan saya merasai sedikit demi sedikit kebaikannya. Tiada siapa pun yang boleh bantu kita melainkan diri kita sendiri kita juga perlu berusaha untuk memantapkan dan menguatkan diri kita. Orang lain hanya boleh memberi jalan dan kita harus sendiri berusaha untuk mendapatkan nya.
Ini adalah pengalaman yang amat berharga semasa saya mengikuti Seminar yang diadakan baru-baru ini di Wisma Norbaya. Sebanyak mana pun ilmu yang dibgagi tanpa tindakan dari kita sendiri pastinya tiada apa-apa hasil pun yang kita akan perolehi. Bersyukur saya kerana berjaya mengikuti Seminar ini dengan jaya, Terima Kasih En. Azman yang banyak membantu memberi segala rahsia kepada para peserta seminar.
Okelah untuk kali ini, semoga kita berjumpa lagi di entri akan datang.
Sebelum itu terimalah sebuah ebook percuma dari saya.
serta dapatkan Aku Seorang Blogger pada Harga RM25 shj!
berserta bonus-bonus menarik
dan
dapatkan sekarang sebelum harga dinaikkan RM 90
ikhlas,
Norazuan
11 Jan
Products of Raja Kamil’s Network
Tawaran 30 hari ini bermula dari
13 Jan sehingga 13 Feb 2010
dari saya admin baru ASB (norazuan)
dan juga bersempena dengan bonus saya iaitu penambahan transkrip
Aku Seorang Blogger bagi memudahkan para blogger
Tawaran ini terhad untuk 30 orang sahaja.
Anda boleh melihat review terbaru Produk Aku Seorang Blogger ini dengan klik link ini atau link ini.
dan
Saya juga akan menberikan 6 Ebook Bonus Secara PERCUMA kepada pembeli Aku Seorang Blogger iaitu :-
1. Easy_Blog_Traffic
2. Blogging-For-Affiliates
3. Blogging_For_Profits
4. Blogging-The-Complete-Guide
5. Blogging_For_Fun_Profit
6. Secrets-of-the-Super-Blogger
Dapatkan sekarang sebelum kouta 100 orang mencukupi, dengan harga tawaran ini ianya pasti satu pelaburan bijak untuk anda meningkatkan traffik, subscriber dan seterusnya menjana pendapatan daripada Blog Anda.
*Kuota sekarang hanya untuk 30 orang sahaja lagi.
5 Jan
-credit to kosmo online for this photo-
DUBAI – Bangunan tertinggi di dunia, Burj Khalifa di Emiriyah Arab Bersatu (UAE) yang setinggi lebih 828 meter dibuka secara rasmi semalam.
Sebelum pembukaannya, beberapa orang dibenarkan untuk menyaksikan pemandangan di geladak pemerhatian di tingkat 124.
Bangunan setinggi 160 tingkat itu dibina oleh kira-kira 12,000 buruh dengan kos sebanyak AS$1.5 bilion (RM5.1 bilion).
Syarikat pemaju, Emaar menyatakan 90 peratus unit kediaman di bangunan itu sudah habis dijual.
Bangunan itu sebelum ini dikenali sebagai Burj Dubai mengatasi pencabarnya sebelum ini, Taipei 101 di Taiwan yang setinggi 508 meter. – kosmo online-
Inilah dia pencapaian dunia yang boleh dibanggakan.Memang tinggi kedudukan Burj Khalifa kita jika melihat kebawah dan lagi tinggi kita rasa bila mendongak keatas untuk melihat ke puncak paling atas Burj Khalifa.
Pastinya Burj Khalifa merupakan satu ciptaan yang manusia yang hebat ketika ini.
Oklah begitulah juga azam saya tahun ini. Setinggi Burj Khalifa keinginan saya untuk mencapai segala azam saya. Bagi saya matlamat saya keazaman saya adalah untuk mencapai kebebasan kewangan.
Kebebasan kewangan yang saya pertama saya akan usaha untuk melakukan ialah menyelesaikan segala hutang saya. Itu adalah matlamat dan azam saya bagi tahun 2010. Insya Allah dengan berkat kesabaran dan kekuatan yang ada saya akan kearah itu.
Bukan senang nak senang, bukan susah nak susah. Apa yang penting target saya realistik dan boleh dicapai dalam Tahun 2010. Oh ya, masih belum terlewat jika saya ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru 2010 [saya memyambut bersama isteri di rumah sambill bermain bunga api, haha].
Oklah tak kira apa pun Burj Khalifa akan membuatkan saya ingat azam saya.
Burj Khalifa = Azam Norazuan
Barulah bersemangat sebab bagi saya mudah je ” u are what u think “. Wasalam.
30 Dec
Salam Sejahtera
Salam Maal Hijrah 1431 H dan Selamat Tahun Baru 2010 !!
2009 akan pergi dan 2010 akan datang.
Soalan biasa orang tanya apa azam tahun baru ni?
Tahun lepas azam macam mana tercapai ke semuanya?
Jadi apakah azam anda?
Oklah, kali ni bukan nak cerita azam.Tapi nak cerita post-post yang menarik hati untuk tahun 2009. Post ni meninggalkan kesan parut pada aku untuk aku berusaha mencapai azam aku setiap kali aku berazam.
Semua post/entri yang aku ambil memang buat aku akan baca ketika emosi dan motivasi kurang.Tapi bila baca tiadalah terus semangat cam Action Kamen (Shin Chan) cuma aku dapat rasa sesuatu yang membuatkan aku akan terus berusaha dan berusaha dan berusaha.
Umpana Isotonik yang memberi tenaga untuk aku terus yakin yang aku adalah aku.Cee wahh!
Antara entri blog yang sempat aku nak share kat sini daripada banyak-banyak blog ada kat bawah ni.Terima kasih kat semua blogger yang berjaya hasilkan satu penulisan hebat yang memberi kesan kepada pembacanya
terutama aku.
http://rajakamil.biz/2009/10/02/kenapa-newbie-gagal-menghasilkan-jualan/
http://blog.smartusaha.com/saya-bukan-newbie/
http://blog.smartusaha.com/newbie-tidak-hebat/
http://www.rohaizad.com/2009/12/17/7-sebab-mengapa-blogging-bukan-untuk-anda/
http://www.majalahim.com/siapakah-sebenarnya-otai-internet-marketing.html
http://www.majalahim.com/bagaimana-pemberian-percuma-mampu-menghasilkan-komisyen-untuk-anda.html
http://mazlienadzri.com/2009/12/14/strategi-peperangan-dalam-bisnes/
http://www.blogjamal.com/ebook/106/
http://sifu-lan.com/artikel/gaya-hidup/210-orang-yang-malas-itu-boleh-jadi-kaya.html
Semua entri ini memang hebat kerana bukan calang-calang blogger yang boleh buat satu post atau entri cam ni dan terutamanya untuk newbie cam aku ni baca ulang kali pun tak bosan.
22 Dec
Plugin All in One Seo adalah satu plugin bagi mereka yang menggunakan wordpress.Apakah yang dimaksudkan SEO ini dan apakah kepentingan untuk anda bagi sesebuah website yang anda miliki.Apa kata kita zoom baca mengenainya disini.
Search engine optimization (SEO) is the process of improving the volume or quality of traffic to a web site from search engines via “natural” or un-paid (”organic” or “algorithmic”) search results as opposed to search engine marketing (SEM) which deals with paid inclusion. Typically, the earlier (or higher) a site appears in the search results list, the more visitors it will receive from the search engine. SEO may target different kinds of search, including image search, local search, video search and industry-specific vertical search engines. This gives a web site web presence.
As an Internet marketing strategy, SEO considers how search engines work and what people search for. Optimizing a website primarily involves editing its content and HTML and associated coding to both increase its relevance to specific keywords and to remove barriers to the indexing activities of search engines.
The acronym “SEO” can refer to “search engine optimizers,” a term adopted by an industry of consultants who carry out optimization projects on behalf of clients, and by employees who perform SEO services in-house. Search engine optimizers may offer SEO as a stand-alone service or as a part of a broader marketing campaign. Because effective SEO may require changes to the HTML source code of a site, SEO tactics may be incorporated into web site development and design. The term “search engine friendly” may be used to describe web site designs, menus, content management systems, images, videos, shopping carts, and other elements that have been optimized for the purpose of search engine exposure.
Another class of techniques, known as black hat SEO or spamdexing, use methods such as link farms, keyword stuffing and article spinning that degrade both the relevance of search results and the user-experience of search engines. Search engines look for sites that employ these techniques in order to remove them from their indices.
Sumber dari http://en.wikipedia.org/wiki/Search_engine_optimization
Macam mana penting SEO ni kan, jadi bagaimana untuk anda mendapatkannya?..Senang sahaja gunakan mouse anda klik sini untuk mendapatkannya.Tuturial cara untuk mengunakannya pun ada disediakan.Jadi jangan risau dan jangan tunggu lama-lama terus download sahaja untuk mengunakannya.
Fungsi sangat ke Plugin ni, nak download. Betul ke ianya berfungsi sebaiknya.Oklah tak nak cakap banyak banyak apa kata kita tengok screen shot ni..

Ini adalah Statistik daripada blog www.norazuan.com
Hurm macam mana, fungsi tak plugin ni anda sendiri tentukan.Saya dah mencubanya huhu.Tak nak cuba ke?..Untuk pengetahuan anda plugin ini adalah Plugin Percuma a.k.a tanpa modal.Jadi gunakan apa yang free ni sebaik-baiknya ye..DIY now!!!
Dapatkan Lebih Info Dengan Aku Seorang Blogger
20 Dec
15 Dec
Kajian yang dijalankan oleh Netaddiction. com mendapati ada lima kategori bahan kandungan dunia siber yang berisiko tinggi menyebabkan ketagihan
seperti berikut:
1. Ketagihan seks siber cenderung melawati laman web porno, chatting room berkaitan seks dan lain-lain
2. Ketagihan hubungan siber keinginan yang kuat untuk berhubung sama ada melalui email, chatting, diskusi dan sebagainya
3. Ketagihan maklumat mudah dipengaruhi oleh laman-laman web berunsur ehwal semasa, pencarian maklumat dan pengkalan data
4. Ketagihan komputer terpengaruh dengan peralatan teknologi perkomputeran, ciri-ciri komputer cip dan kad, sistem bunyi dan lain-lain
5. Ketagihan permainan komputer mudah lalai akibat taksub bermain permainan komputer sehingga sukar berhenti
Sebenarnya bagi mengenal pasti samada penggunaan terhadap komputer dan internet menyebabkan ketagihan atau sebaliknya bergantung kepada cara dan konteks serta keperluan yang ada dalam diri seseorang individu.
Di samping itu, perkara seperti berikut juga harus lah diberi perhatian bagi menilai tahap kebergantungan kepada komputer dan internet yang boleh menyebabkan ketagihan:
1. Lebih banyak menghabiskan masa di depan komputer berbanding biasa atau melebihi keperluan penggunaan yang sewajarnya
2. Masa untuk melayari internet semakin bertambah dan menjejaskan peranan sebagai seorang individu, pelajar, atau pekerja dan juga menjejaskan tahap produktiviti dan kesejahteraan hidup yang biasa
3. Berasa kurang yakin atau gagal untuk mengawal diri dari pengaruh internet
4. Semakin kurang tumpuan kepada penjagaan kesihatan diri dan pembahagian masa sewajarnya berbanding biasa
5. Muncul tekanan perasaan seperti marah, kecewa dan sedih yang berkaitan secara langsung dengan komputer dan internet dan mulamengasingkan diri dari masyarakat
6. Wujud rasa bosan atau bimbang dan cemas yang keterlaluan jika tidak melayari internet untuk jangka masa tertentu
7. Penggunaan internet yang mengakibatkan kemarahan atau gangguan kepada orang lain seperti ibu bapa, suami atau isteri dan boleh menyebabkan
pertengkaran.
Seseorang yang ketagih internet dan komputer didapati gagal memberi tumpuan yang baik terhadap kehidupannya sepeti biasa. Kehidupan individu yang normal terjalin apabila ia dapat mengekalkan peranannya sebagai seorang manusia yang normal, mewujudkan perhubungan yang baik dan memelihara kesihatannya secara optimum.
Bagi mereka yang ada ketagihan ini , peranan dan perhubungannya dengan individu lain dalam lingkungan hidupnya terjejas. Bagi mengelakkan perkara ini daripada berlaku, strategi dn langkah berikut boleh lah diberi perhatian:
1. Tetapkan objektif dan matlamat sebelum melayari laman web atau menggunakan komputer dengan mengenalpasti tujuan-tujuan penggunaan mereka
2. Tetapkan melayari laman-laman web yang tertentu dan yang perlu sahaja, atau sekadar memenuhi keperluan yang dikehendaki agar tidak melebihi had dan bagi mengelakkan melayari laman yang tidak perlu
3. Hadkan atau tetapkan jangkamasa yang diperlukan ketika menggunakan komputer dan ketika melayari laman siber bagi mengelakkan pembaziran masa
4. Bahagikan masa yang sewajarnya antara kehidupan di dunia siber dan kehidupan di alam nyata supaya wujud keseimbangan
5. Jadikan ruang siber dan internet sebagai sumber pengetahuan untuk meningkatkan peranan menjadi seorang manusia yang sempurna dan untuk menambah kemahiran yang diperlukan dalam kehidupan.
Kesimpulan
Teknologi maklumat dan internet sememangnya mempunyai kesan yang amat besar dalam kehidupan manusia. Dalam aspek kesejahteraan individu dan hubungannya dengan teknologi maklumat, terdapat satu tindak balas yang saling pengaruh mempengaruhi antara satu ama lain.
Memandangkan hubungan dan kaitan yang rapat antara manusia dan teknologi maklumat ini, tidak hairanlah terdapat antara mereka yang tenggelam dalam dunia siber, di samping mereka yang menggunakan internet sebagai saluran untuk mencapai keseronokan peribadi semata-mata.
Hanya mereka yang mampu mewujudkan keseimbangan antara aktiviti internet dan kehidupan sebenar sahaja yang dapat mempertingkatkan kesejahteraan dalam urusan kehidupan mereka untuk kebaikan sesama manusia.
Dapatkan Lebih Info Dengan Aku Seorang Blogger
11 Dec
Adakah kehadiran teknologi maklumat dan internet dalam dunia ini telah menjadikan sesetengah kelompok individu menghidapi sejenis penyakit atau kecelaruan yang dikenali sebagai ketagihan internet (internet addiction disorder) atau pun ketagihan komputer? Adakah ia sejenis penyakit baru, yang sebelum ini tiada dalam istilah perubatan?
Atau mungkinkah sejenis gangguan yang telah sedia ada dalam diri individu terbabit, sama seperti ketagihan dadah dan arak, tetapi ia berlaku disebabkan oleh komputer dan internet? Adakah komputer atau internet juga boleh menyebabkan ketagihan? Ini merupakan satu aspek yang perlu diberi perhatian lebih-lebih lagi banyak laporan dan kajian memang mengakui terdapat individu mengalami ketagihan komputer dan internet. Apakah ketagihan internet? Persoalan yang amat sukar dijawab tetapi perlu dijawab berdasarkan kepada fakta dan kajian yang kukuh. Adakah ketagihan internet atau ketagihan komputer ini berbeza dari ketagihan yang lain seperti ketagihan dadah, arak, rokok dan sebagainya? Dan apakah kesan dari ketagihan internet?
Perlu juga difikirkan. Kajian sains mendapati manusia sebagai makhluk yang paling mudah mendapat ketagihan dalam kehidupan mereka, walaupun pada masa yang sama mereka amat takut menjadi seorang penagih. Sememangnya terdapat banyak perkara yang boleh mendatangkan ketagihan seperti makan, membeli belah, menonton, membaca dan lain-lain.
Malah ada individu yang ketagih bekerja. Tetapi mengapa ada individu lain yang juga menonton, bekerja, makan dan membeli-belah, tetapi tidak mengalami ketagihan? Dunia perkomputeran, teknologi maklumat dan internet juga sudah tentu boleh membuat seseorang menjadi ketagih. Mengapa?
Ini kerana mereka semua mampu melayan segala macam keperluan yang diidami setiap individu, dari keperluan naluri seksual, mental, emosi dan intelek sehinggalah keperluan spiritual. Mereka umpama sahabat dan rakan kepada mereka. Malah ada individu yang menganggap komputer dan internet sebagai sebahagian dari diri dan kehidupan mereka dan mereka akan dirundung rindu resah dan gundah gulana sekiranya tidak berpeluang melayan sahabat mereka ini.
Kajian yang dijalankan oleh Netaddiction. com mendapati ada lima kategori bahan kandungan dunia siber yang berisiko tinggi menyebabkan ketagihan
seperti berikut:
1. Ketagihan seks siber cenderung melawati laman web porno, chatting room berkaitan seks dan lain-lain
2. Ketagihan hubungan siber keinginan yang kuat untuk berhubung sama ada melalui email, chatting, diskusi dan sebagainya
3. Ketagihan maklumat mudah dipengaruhi oleh laman-laman web berunsur ehwal semasa, pencarian maklumat dan pengkalan data
4. Ketagihan komputer terpengaruh dengan peralatan teknologi perkomputeran, ciri-ciri komputer cip dan kad, sistem bunyi dan lain-lain
5. Ketagihan permainan komputer mudah lalai akibat taksub bermain permainan komputer sehingga sukar berhenti
Ini kerana mereka semua mampu melayan segala macam keperluan yang diidami setiap individu, dari keperluan naluri seksual, mental, emosi dan intelek sehinggalah keperluan spiritual. Mereka umpama sahabat dan rakan kepada mereka. Malah ada individu yang menganggap komputer dan internet sebagai sebahagian dari diri dan kehidupan mereka dan mereka akan dirundung rindu resah dan gundah gulana sekiranya tidak berpeluang melayan sahabat mereka ini.
bersambung Dunia Internet Part 2 > > >
Dapatkan Lebih Info Dengan Aku Seorang Blogger