Saya tahu saya masih baru dalam bidang blogging, dan mungkin selepas ini saya akan lebih banyak berkongsi tentang skill & teknik blogging dengan anda. Saya ingin berkongsi dengan anda sedikit pengenalan & mengapa anda harus berblogging. Ia sebenarnya tidaklah sesukar yang anda bayangkan. Bagi mereka yang telahpun mempunyai blog tetapi masih tiada traffik & pembaca, artikel ini untuk anda.
Adakah anda benar-benar faham apakah itu blogging?
Ramai yang selalu bertanya kepada saya apakah perbezaan website dan blog. Sebenarnya langsung tiada perbezaan. Website atau laman web, mempunyai pelbagai jenis seperti forum, portal, news, ecommerce (kedai online), salesletter (web jualan), blog dan banyak lagi. Oleh itu, blog sebenarnya adalah sejenis laman web. Faham sekarang? Blog berasal dari istilah ‘web log’ yang diringkaskan menjadi ‘blog’. Blog sebenarnya hampir sama dengan news tetapi ia lebih kepada artikel peribadi dari pemilik blog yang disusun mengikut tarikh dan masa. Di sebabkan ia lebih kepada artikel peribadi, ia sering dikaitkan dengan diari peribadi pemilik blog. Tetapi zaman sekarang nie, blog bukan untuk artikel peribadi sahaja tetapi untuk menulis gosip2 artis dan melakukan ‘article marketing’. Sesuatu yang istimewa tentang blog adalah ia lebih mesra ‘enjin carian’ dan lebih sesuai dengan teknologi RSS.
Siapa yang akan melawat blog kita?
Blog sebenarnya adalah perkongsian minat, atau topik yang akan mengakibatkan semua orang yang sama minat atau bidang dengan kita, datang dan membaca di blog kita. Jika anda menulis blog tentang memancing, sudah tentu kaki pancing sahaja yang akan menemui blog anda. Seperti blog ini, saya menceritakan tentang keusahawanan internet, oleh itu hanya mereka2 yang memiliki minat yang sama sahaja yang akan menemui blog ini. Oleh itu jika anda sedang menjalankan perniagaan di Internet seperti eBay, Lelong dan sebagainya, pastikan anda juga berblogging kerana ia tidak akan merugikan anda.
Mengapa blog anda tiada traffik?
Jika anda mengkaji secara mendalam tentang blogging, sudah tentu anda tahu satu strategy yang terbaik untuk mencari pengunjung blog adalah dengan menyumbangkan sesuatu kepada pelayar internet. Dengan hanya menulis artikel, anda memerlukan masa yang agak lama untuk mencari pelawat, tetapi jika anda tidak menulis artikel, semua pembaca anda tidak berminat lagi dengan blog anda (seperti yg terjadi kepada saya beberapa bulan lepas). Selain itu, blog anda juga perlulah disenaraikan di enjin carian dan ia mengambil masa yang agak lama. Sebab itulah banyak diluar sana anda melihat laporan-laporan percuma & ebook percuma yang diedarkan di Internet. Selain dari blogger tersebut mencari mailling list, beliau membina reputasi dan mempunyai pengikut tersendiri di Internet. Sebab itulah jika anda mempunyai blog tetapi tidak pernah menyumbang sesuatu, janganlah berasa hairan kerana traffik hanya masuk jika anda memberi faedah kepada mereka.
Bolehkah menjana pendapatan dengan blogging?
Pada awalnya saya sendiri mempersoalkan perkara ini. Tetapi setelah…
Sambungan nya di sini.
Selamat Membaca.


