Di dalam berniaga, keuntungan adalah salah satu matlamat utama perniagaan. NAMUN di sebalik itu, kepuasan hati pembeli harus juga dititik-beratkan walaupun terkadang ia satu perkara yang rumit.
Di dalam bidang perniagaan internet, begitu banyak panduan cara melakukan perniagaan internet. Dari ebook, video dan sebagainya, dengan tajuk yang berbeza, tetapi isi kandungannya lebih kurang sama. Ia tidak salah kerana lain usahawan, maka perlulah tajuk yang berbeza.
Cuma yang menjadi permasalahan yang berbangkit adalah sejauh mana panduan tersebut dapat membantu pembeli selaras dengan janji-janji yang ditaburkan dalam laman web jualan. Malah yang lebih teruk, di laman jualan mengatakan A, tapi rupanya di dalam ebook adalah B.
Kita sebagai usahawan memang boleh berbangga dengan hasil jualan puluhan atau ratusan ribu ringgit daripada pelancaran dan jualan produk. NAMUN, sejauh manakah kejayaan para pembeli kita?
Sedikit sukar bagi kita untuk membantu mereka menyelesaikan masalah atau memenuhi keperluan mereka. TETAPI, jika kita telah berjanji, maka tiada perkara lain melainkan kita cuba menunaikan janji tersebut.
Kejayaan kita menghasilkan 5 angka atau 6 angka, itu adalah kejayaan kita, TAPI BUKAN KEJAYAAN PEMBELI.
Kejayaan yang sebenar di dalam perniagaan adalah apabila pembeli atau pelanggan kita telah BERJAYA menyelesaikan masalah mereka atau telah berjaya memenuhi keperluan mereka setelah merujuk panduan yang diberikan. Atau sekurang-kurangnya mereka dapat maju selangkah ke hadapan.
Dalam maksud yang lain, sejauh mana kita telah membantu para pembeli. Janganlah selepas menaburkan janji manis, kita terus hilang ghaib entah ke mana. Sebaliknya hanya muncul apabila mahu menjual dan membuat untung sahaja.
Usahlah berbangga dengan hasil yang besar jikalau kita tidak berjaya menyelesaikan masalah atau memenuhi keperluan pembeli. Usahawan sebenar bukan hanya mahu keuntungan semata-mata, tetapi juga amat sensitif dan peka dengan masalah para pelanggannya.
Saya tidak mengatakan ebook panduan yang banyak sekarang ini tidak bagus. Bukan ebook atau produk yang menjadi masalah, tapi tuan punya produk. Ebook hanya medium sahaja sebagai bahan pembelajaran. Tapi jika si tuan punya janji macam-macam dan tidak menunaikannya, itulah masalahnya.
Cubalah yang terbaik. Mencuba itu lebih baik daripada tidak buat langsung. Saya menulis perkara ini bukan untuk orang lain, tapi juga untuk diri saya sendiri sebagai peringatan.
Tulisan saya ini bukan hanya untuk mereka yang membuat ebook perniagaan internet sahaja, tetapi untuk apa saja bidang (niche). “Juallah HARAPAN beserta dengan BANTUAN (sell hope & help)”. Itu kata seorang IM luar negara. Tak salah menjual harapan di surat jualan, tapi berikanlah juga BANTUAN. Tapi ramai mana yang rela melakukan hal ini?
Sambungan nya di sini.
Selamat Membaca.


