Jadi Hebat Berkawan Dengan Orang Hebat


 Powered by Max Banner Ads 

Salam sejahtera semua daripada saya,

Apa khabar anda semua, kali ni saya nak buat satu perbincangan mengenai ‘Jadi Hebat Berkawan Dengan Orang Hebat’ apakah ianya logik dan salah satu faktor untuk kita menjadi hebat.Hebat disini tidak kira lah dari bidang apa pun tetapi disini saya ingin mengetahui bahawa apakah pengalaman anda dengan entri kali ini iaitu ‘Jadi Hebat Berkawan Dengan Orang Hebat’.

Sebelum itu saya ingin menceritakan tentang pengalaman saya mengenai ‘Jadi Hebat Berkawan Dengan Orang Hebat’.Bagi saya ini adalah fakta yang jelas dan saya sedang berada di dalam keadaan ini.Saya tidaklah hebat tetapi saya berkawan dengan orang yang hebat.Hebat maksud saya disini adalah hebat yang positif.

Bagi saya, orang yang hebat ini adalah orang yang sanggup memberi sokongan, galakan, motivasi dan yang paling penting rendah diri dan tidak cakap tak serupa bikin. :) .Syukurlah saya telah menemui orang yang hebat yang boleh membimbing saya ke arah yang positif.Tanpa bimbingan dan galakan beliau saya rasa, saya tidak akan fokus dan dapat menulis entri ini. :)

Orang tua ada berpesan kat saya, nak menuntut ilmu biarlah berguru.Jangan kita belajar/menuntut ilmu seorang diri kerana pasti ada makhluk lain yang bersama kita. :) .Walau apa pun, kita masih tetap manusia biasa yang sentiasa melakukan dosa tetapi apa yang penting kita berusaha untuk jadi lebih baik.

Ok lah, itu pengalaman saya mengenai ‘Jadi Hebat Berkawan Dengan Orang Hebat’.Anda bagaimana pula, mesti ada pengalaman yang ingin di kongsi bersama. :) . Ok , tunggu apa lagi, kongsi pengalaman anda di ruang komen di bawah. :)

*********************************************************

Dapatkan Aku Seorang Blogger

dengan tawaran istimewa RM 10.00

 

  • Share/Bookmark

Leave Your Comment

Spam Protection by WP-SpamFree


 Powered by Max Banner Ads