-credit to kosmo online for this photo-
DUBAI – Bangunan tertinggi di dunia, Burj Khalifa di Emiriyah Arab Bersatu (UAE) yang setinggi lebih 828 meter dibuka secara rasmi semalam.
Sebelum pembukaannya, beberapa orang dibenarkan untuk menyaksikan pemandangan di geladak pemerhatian di tingkat 124.
Bangunan setinggi 160 tingkat itu dibina oleh kira-kira 12,000 buruh dengan kos sebanyak AS$1.5 bilion (RM5.1 bilion).
Syarikat pemaju, Emaar menyatakan 90 peratus unit kediaman di bangunan itu sudah habis dijual.
Bangunan itu sebelum ini dikenali sebagai Burj Dubai mengatasi pencabarnya sebelum ini, Taipei 101 di Taiwan yang setinggi 508 meter. – kosmo online-
Inilah dia pencapaian dunia yang boleh dibanggakan.Memang tinggi kedudukan Burj Khalifa kita jika melihat kebawah dan lagi tinggi kita rasa bila mendongak keatas untuk melihat ke puncak paling atas Burj Khalifa.
Pastinya Burj Khalifa merupakan satu ciptaan yang manusia yang hebat ketika ini.
Oklah begitulah juga azam saya tahun ini. Setinggi Burj Khalifa keinginan saya untuk mencapai segala azam saya. Bagi saya matlamat saya keazaman saya adalah untuk mencapai kebebasan kewangan.
Kebebasan kewangan yang saya pertama saya akan usaha untuk melakukan ialah menyelesaikan segala hutang saya. Itu adalah matlamat dan azam saya bagi tahun 2010. Insya Allah dengan berkat kesabaran dan kekuatan yang ada saya akan kearah itu.
Bukan senang nak senang, bukan susah nak susah. Apa yang penting target saya realistik dan boleh dicapai dalam Tahun 2010. Oh ya, masih belum terlewat jika saya ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru 2010 [saya memyambut bersama isteri di rumah sambill bermain bunga api, haha].
Oklah tak kira apa pun Burj Khalifa akan membuatkan saya ingat azam saya.
Burj Khalifa = Azam Norazuan
Barulah bersemangat sebab bagi saya mudah je ” u are what u think “. Wasalam.




fuyoo…gayat wooo…cannot imagine what will happen if i got there …but really mencakar langit…
Posted by YusriZakaria
Link | January 7th, 2010 at 11:39 pm
ada elemen positif dan negatif tentang bangunan ini
positif
1.kita banggakan kerana ia dari kalangan negara islam juga
2.pencapaian baik dan dinamakan ‘mampu boleh’ mengatasi teknologi negara barat
negatif
1.tahukah anda dubai hampir bankrup disebabkan penciptaan bangunan ini
2.rasululah pernah berpesan’tanda hari kiamat, manusia mengejar membina bangunan tinggi dan umat islam yang mendabik dada dengan megahnya
Posted by hasbulaqill
Link | January 8th, 2010 at 4:20 pm
Terima kasih bro Hasbulaqill sudi bagi/berkongsi pendapat…:)
Posted by admin
Link | January 10th, 2010 at 2:18 pm