Salam Hormat,
Kepada pengunjung blog ini, apa khabar? Terima kasih kerana sudi menjenguk disini. Alang menjeguk boleh tinggalkan komen kat ruangan komen di bawah.
Entri kali ini yang bertajuk Masalah Menguji Kesabaran dan Kekuatanku, dan ini adalah True Story. Pertama sekali dengan kekuatan yang ada ini dapat juga menyiapkan entri ini. Apa masalah yang saya hadapi minggu yang lalu? Huh.! pelbagai yang dihadapi antaranya berpindah ke tempat baru, kenderaan rosak perlu di baiki dan melayan karenah orang yang tamakkan kuasa a.k.a Power Crazy.
Kesibukan masa dan mental yg lemah membuatkan keinginan untuk berblogging menurun, dan bila dah satu-satu masalah diatasi Alhamdulillah kekuatan datang kembali untuk meneruskan aktiviti berblogging yang lama saya tinggalkan ini.
Masalah yang dihadapi perlu kita atasi dan bagi saya setiap masalah yang kita alami itu adalah kerana kita mampu untuk mengatasinya. Tuhan uji kita selagi hambanya mampu, bagi saya itu cukup memberikan 1001 satu makna semasa menangani sesuatu masalah. Apa-apa pun,jika KITA ingat Tuhan insya-Allah tuhan pun akan ingat kat kita. Peringatan ini untuk saya dan semua yang membaca.
Setiap apa yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya, pasti ada baik buruknya dan saya merasai sedikit demi sedikit kebaikannya. Tiada siapa pun yang boleh bantu kita melainkan diri kita sendiri kita juga perlu berusaha untuk memantapkan dan menguatkan diri kita. Orang lain hanya boleh memberi jalan dan kita harus sendiri berusaha untuk mendapatkan nya.
Ini adalah pengalaman yang amat berharga semasa saya mengikuti Seminar yang diadakan baru-baru ini di Wisma Norbaya. Sebanyak mana pun ilmu yang dibgagi tanpa tindakan dari kita sendiri pastinya tiada apa-apa hasil pun yang kita akan perolehi. Bersyukur saya kerana berjaya mengikuti Seminar ini dengan jaya, Terima Kasih En. Azman yang banyak membantu memberi segala rahsia kepada para peserta seminar.
Okelah untuk kali ini, semoga kita berjumpa lagi di entri akan datang.
Sebelum itu terimalah sebuah ebook percuma dari saya.
serta dapatkan Aku Seorang Blogger pada Harga RM25 shj!
berserta bonus-bonus menarik
dan
dapatkan sekarang sebelum harga dinaikkan RM 90
ikhlas,
Norazuan



Salam bro;
Tahniah kerana masih boleh berdiri dengan cabaran yang banyak seperti itu.
Posted by Raja Kamil
Link | February 1st, 2010 at 7:13 am