Salam Hormat,
Apa khabar anda semua, harap-harap anda semua sihat dan sentiasa kekal sihat. Insya Allah.
Ok, kali ini saya ingin konsi pengalaman saya yang telah mengunakan khidmat pengiklanan berkesan di sebuah forum yang cukup terkenal bagi para blogger di Malaysia. Pastinya ramai yang telah menggunakan khidmat pengiklanan yang disediakan di forum ini.
Untuk pengetahuan anda pengiklanan di forum ini adalah berbayar. Harga yang ditawarkan adalah harga yang berpatutan dan juga mampu bagi blogger-blogger kecil yang baru berjinak-jinak dengan dunia IM ini.
Bagaimana pula hasil dari pengiklanan disini ya. Berdasarkan pengalaman saya hasilnya positif iaitu pengiklanan yang boleh saya dikatakan berjaya untuk pertama kali saya mecuba beriklan disini. Tak salah jika kita mencuba kerana traffik yang datang dari forum ini pastinya Traffik yang berkualiti dan juga mempunyai minat yang sama didalam bidang IM ini.
Purata traffik yang dibawa dari pengiklanana disini amatlah tidak mengecewakan kerana setiap hari pasti ada pelawat yang datang ke website anda dan traffik yang tiba ini berpotensi menjadi pembeli kepada produk/perkhidmatan anda.


