Ready to be Somebody
21 Feb
Rahsia Affiliate Terbongkar..
Salam bahagia. Jika anda baru di blog ini, anda digalakkan subscribe RSS feed blog ini. Klik di sini. Atau daftar Newsletter kami di sini. Terima kasih kerana melawat!
Di kali ini, Sabri sekali lagi menyumbang satu artikel / tulisan yang begitu praktikal dan bermanfaat untuk anda semua. Kali ini, beliau menulis mengenai tips atau rahsia yang perlu anda ambil serius jika inginkan kejayaan di dalam program affiliate.
Selamat membaca.
“Pelik, Mengapa Program Affiliate Yang Anda Sertai Tidak Memberikan Pulangan Walaupun Bagai Nak Rak Anda Mempromosi?”
Jawapannya Terkandung Dalam Artikel Ini. Ketahui Rahsia Sebenar Buat Duit Dengan Program Affiliate.
Salam Ceria Buat Pembaca Dihormati,
Setiap affiliate sudah tentunya mengidamkan komisen yang tinggi hasil promosi dan pemasaran yang dilakukan untuk produk peniaga tersebut. Kadang-kadang mereka menganggap bahawa program affiliate adalah tonik ajaib buat menjana pendapatan di Internet tanpa mempunyai produk sendiri.
Dan yang sedihnya, 80% daripada affiliate di Internet gagal menghasilkan jualan bukan sahaja untuk menyara hidup merekan, bahkan untuk melepasi tahap minimum pembayaran yang ditetapkan oleh peniaga pun mereka tidak mampu.
“3 Taktik Mudah Super Affiliates”
Saya terpanggil untuk menulis artikel ini berikutan kewujudan program-program affiliates tempatan yang kini tumbuh bagai cendawan selepas hujan. Sebenarnya, memasarkan produk sebagai affiliates tidak sukar jika kena caranya.
Dan ia juga tidak mudah seperti yang diidamkan walaupun peniaga telah menyediakan banner, email & iklan-iklan yang boleh digunakan untuk anda. Tanpa membuang masa, mari kita lihat kunci kejayaan Super Affiliates.
Menggunakan Laman Web Unik Bagi Niche Berbeza
Sebelum anda mendaftar dengan program affiliates pilihan anda, seperti perniagaan internet lain, anda perlu mempunyai pelan perniagaan untuk diikuti. Anda perlu maklum, sebagai affiliate anda mempunyai satu kekurangan daripada penjual produk tersebut. Anda kekurangan fleksibiliti. Jadi, pelan perniagaan anda harus menumpukan kepada kekuatan dan kepakaran anda.
Contohnya, jika anda bermodal besar, mungkin anda akan menumpukan kempen pemasaran anda sekitar Enjin Carian Pay Per Click seperti Adwords & Yahoo Search Marketing. Jika anda mempunyai email list pula, kerja anda lagi mudah. Anda hanya perlu menghantar emel rekomendasi kepada subscriber anda.
Namun, bagi kebanyakan anda yang baru bermula, secara amnya saya boleh berkongsi satu petua berharga untuk anda.
Wujudkan Sebuah Laman Web Khas Mengandungi Testimoni, Review & Ulasan
Di laman web ini anda menceritakan sedikit sebanyak pengalaman anda menggunakan produk yang anda promosikan itu. Ceritakan serba sedikit bagaimana keadaan anda sebelum dan selepas anda menggunakan produk tersebut.
Jangan campur adukkan program masakan dengan program latihan nyanyian dan tawaran pelancongan. Bahkan dalam buku kami, Rahsia Buat Duit Dengan Internet, kami telah menyentuh mengenai peri pentingnya sesebuah laman web tersebut mempunyai fokus yang akan menjaga kredibilitinya.
Anda juga boleh membandingkan produk tersebut dengan saingan-saingan terdekatnya dalam niche yang sama. (lebih baik lagi jika anda juga adalah affiliates kepada produk satu lagi) Jadi anda tidak akan rugi jika pelawat memilih produk A atau produk B.
Fenomena ini anda dapat saksikan dengan jelas jika anda menaip “hosting review” di Google. Laman web-laman web review ini sebenarnya hanyalah umpan affiliates-affiliates yang ingin mempromosikan pakej hosting berkomisen besar. Lihatlah, setiap link ke laman web hosting berkenaan di letakkan link affiliate mereka.
Pintar bukan?
Memasarkan Dengan Virus Automatik
Anda juga boleh mewujudkan demam dengan menyebarkan virus automatik kepada pelawat-pelawat yang mengunjungi laman web anda. Awas! Ini bukan jenayah
Anda boleh memberi mereka Laporan atau Ebook Percuma berkenaan dengan niche program affiliate yang anda sedang promosikan. Kekuatan Pemasaran Viral ini adalah apabila pengunjung anda dibenarkan menyebarkan laporan dan ebook percuma tersebut kepada rakan-rakan mereka.
Di dalam ebook dan laporan tersebut pula, anda tidak lupa untuk meletakkan link kembali ke laman web anda ataupun link affiliate anda supaya jika mereka membuat belian, anda yang mendapat komisen.
Saya beri satu contoh;
Jika Ahmad mendownload ebook Petua Pengiklanan Berkesan di http://iklanberkesan.saifulsham.com secara percuma, setelah membacanya beliau mendapati ia sangat menarik dan berfaedah. Beliau menghantar pula ebook tersebut kepada Abu & Ali secara sukarela. Dan situasi ini berulang beberapa kali. Dari seorang bakal pelanggan, anda kini boleh mempunyai sehingga 100 orang bakal pelanggan!
Bagaimana jika seperti kami, anda mempunyai 500 pendownload ebook tersebut dari laman web anda? Tidakkah saban hari, jumlah yang demam akan bertambah banyak dengan berganda-ganda?
Lebih best lagi, bakal pelanggan anda tidak perlu keluarkan sesen pun! Bahkan anda pun tidak kisah jika dicetak rompak. Brand awareness anda juga yang semakin meningkat.
Tapi pastikan juga ebook & laporan ringkas tersebut berkaitan dengan produk yang anda jual.
Dapatkan Sebanyak Mungkin Pelawat Berpotensi
Dalam buku kami, Rahsia Buat Duit Dengan Internet, kami telah memberi satu situasi di mana beriklan di radio kecil seperti Radio 3 Pahang adalah lebih menguntungkan dari beriklan di radio-radio Nasional seperti Radio Era. Mahu tahu? Jangan lupa dapatkan buku tersebut di kedai-kedai buku berhampiran anda.
Cuba anda fikirkan, jika laman web anda dikunjungi oleh pelawat yang tidak berminat dengan apa yang anda tawarkan, sudah tentu mereka akan pergi dan tidak kembali lagi. Bagaimana pula jika laman web anda adalah laman web yang membuat ulasan terhadap novel-novel terbaru yang berada di pasaran. Sentiasa dikemas kini dengan ulasan-ulasan muktahir. Anda juga menghubungkan laman web ulasan anda dengan Amazon.com di mana anda adalah affiliate mereka.
Jika seorang peminat novel datang ke laman web anda dan mendapati ianya penuh dengan informasi, sudah tentu mereka tidak keberatan untuk datang lagi bukan? Bahkan mereka juga akan bookmark laman web anda untuk dilawati berulangkali!
Setiap kali ada buku baru yang menarik yang anda cadangkan, setiap kali itu jugalah mereka beli! Dan setiap kali itu jugalah anda mendapat komisen! Wah, wah, wah… Inilah yang kami katakan buat duit dengan Internet tanpa produk!
Jadi bagaimana caranya anda hendak mendapat pelawat berpotensi ke laman web anda?
Banyakkan menulis artikel-artikel, ulasan-ulasan untuk disumbangkan di direktori-direktori berkaitan!
Secara ringkasnya, inilah 3 kunci asas kejayaan Super Affiliates menjana pendapatan automatik dari internet tanpa sebarang produk. Cuba anda praktikkan tips-tips ini untuk beberapa program affiliates yang anda sertai. Nescaya, hasilnya tidak mengecewakan.
Baiklah, sebagai satu hadiah untuk anda, anda boleh menggunakan artikel ini untuk blog, laman web atau apa sahaja kegunaan dengan syarat anda TIDAK mengubah artikel ini dan mengekalkan maklumat mengenai penulis di bawah.
Anda juga perlu memaklumkan kepada kami di mana anda telah meletakkan artikel tersebut, jika anda menggunakannya sebagai satu isi emel, sila forwardkan kepada saudagar-at-saudagar.com.my. Jika anda rasa artikel ini perlu sedikit perubahan dari segi ayat untuk disesuaikan dengan laman web anda (perubahan kecil sahaja), sila hubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan kami di http://support.saifulsham.com untuk melakukannya bagi pihak anda
Kotak Informasi:
Sabri Hassan Assaari adalah Pengasas SaifulSham.com, Portal Informasi Keusahawan No. 1 Malaysia. Beliau juga merupakan penulis buku “Rahsia Buat Duit Dengan Internet†yang boleh di dapati di kedai-kedai buku berhampiran anda ataupun tempah online di http://www.Saudagar.com.my.
Untuk lebih banyak lagi rahsia-rahsia dalaman seperti ini, anda boleh mendaftar sebagai ahli kelab SaifulSham.com di http://www.saifulsham.com/subscribe.php.
=====================================
Produk Berkaitan:
>> Pelajari asas program affiliate dan cara meningkatkan pendapatan affiliate anda. Klik di sini untuk informasi lanjut.
=====================================
26 Jan
Salam Hormat,
Kepada pengunjung blog ini, apa khabar? Terima kasih kerana sudi menjenguk disini. Alang menjeguk boleh tinggalkan komen kat ruangan komen di bawah.
Entri kali ini yang bertajuk Masalah Menguji Kesabaran dan Kekuatanku, dan ini adalah True Story. Pertama sekali dengan kekuatan yang ada ini dapat juga menyiapkan entri ini. Apa masalah yang saya hadapi minggu yang lalu? Huh.! pelbagai yang dihadapi antaranya berpindah ke tempat baru, kenderaan rosak perlu di baiki dan melayan karenah orang yang tamakkan kuasa a.k.a Power Crazy.
Kesibukan masa dan mental yg lemah membuatkan keinginan untuk berblogging menurun, dan bila dah satu-satu masalah diatasi Alhamdulillah kekuatan datang kembali untuk meneruskan aktiviti berblogging yang lama saya tinggalkan ini.
Masalah yang dihadapi perlu kita atasi dan bagi saya setiap masalah yang kita alami itu adalah kerana kita mampu untuk mengatasinya. Tuhan uji kita selagi hambanya mampu, bagi saya itu cukup memberikan 1001 satu makna semasa menangani sesuatu masalah. Apa-apa pun,jika KITA ingat Tuhan insya-Allah tuhan pun akan ingat kat kita. Peringatan ini untuk saya dan semua yang membaca.
Setiap apa yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya, pasti ada baik buruknya dan saya merasai sedikit demi sedikit kebaikannya. Tiada siapa pun yang boleh bantu kita melainkan diri kita sendiri kita juga perlu berusaha untuk memantapkan dan menguatkan diri kita. Orang lain hanya boleh memberi jalan dan kita harus sendiri berusaha untuk mendapatkan nya.
Ini adalah pengalaman yang amat berharga semasa saya mengikuti Seminar yang diadakan baru-baru ini di Wisma Norbaya. Sebanyak mana pun ilmu yang dibgagi tanpa tindakan dari kita sendiri pastinya tiada apa-apa hasil pun yang kita akan perolehi. Bersyukur saya kerana berjaya mengikuti Seminar ini dengan jaya, Terima Kasih En. Azman yang banyak membantu memberi segala rahsia kepada para peserta seminar.
Okelah untuk kali ini, semoga kita berjumpa lagi di entri akan datang.
Sebelum itu terimalah sebuah ebook percuma dari saya.
serta dapatkan Aku Seorang Blogger pada Harga RM25 shj!
berserta bonus-bonus menarik
dan
dapatkan sekarang sebelum harga dinaikkan RM 90
ikhlas,
Norazuan
19 Nov
Salam sahabatku semua,
Anda pasti pernah dengar mengenai affiliate bukan? Atau belum pernah? Atau buat – buat tak pernah dengar?
Program affiliate adalah satu program yang dipasang oleh owner web jualan/penjual di internet seperti penjual ebook, penjual buku online, penyedia servis, atau lain – lain yang berbisnes di internet. Ianya dipasang di laman web bertujuan untuk merekrut agen – agen promoter secara online. Pendaftaran untuk menjadi agen promoter online ini biasanya adalah percuma. Komisyen akan dibayar kepada anda biasanya berdasarkan jualan yang diperolehi melalui link anda. Anda hanya mempromosi, penjual yang akan menjual,
Sebenarnya, affiliate ini adalah cara bisnes di internet yang paling memudahkan. Anda boleh menyertainya tanpa mengeluarkan sesen pun. Affiliate ini terbahagi kepada tiga yang utama iaitu affiliate berdasarkan downloader (PPL) dan juga affiliate berdasarkan jualan (PPS) dan juga affiliate berdasarkan klik (PPC).
1. Pay-Per-Sale – PPS (Dibayar berdasarkan jualan)
2. Pay-Per-Lead – PPL (dibayar berdasarkan download)
3. Pay-Per-Click (Dibayar berdasarkan klik)
Dengan affiliate ini, anda:
Sambungan nya di sini.
Selamat Membaca.