Ready to be Somebody
26 Jan
Salam Hormat,
Kepada pengunjung blog ini, apa khabar? Terima kasih kerana sudi menjenguk disini. Alang menjeguk boleh tinggalkan komen kat ruangan komen di bawah.
Entri kali ini yang bertajuk Masalah Menguji Kesabaran dan Kekuatanku, dan ini adalah True Story. Pertama sekali dengan kekuatan yang ada ini dapat juga menyiapkan entri ini. Apa masalah yang saya hadapi minggu yang lalu? Huh.! pelbagai yang dihadapi antaranya berpindah ke tempat baru, kenderaan rosak perlu di baiki dan melayan karenah orang yang tamakkan kuasa a.k.a Power Crazy.
Kesibukan masa dan mental yg lemah membuatkan keinginan untuk berblogging menurun, dan bila dah satu-satu masalah diatasi Alhamdulillah kekuatan datang kembali untuk meneruskan aktiviti berblogging yang lama saya tinggalkan ini.
Masalah yang dihadapi perlu kita atasi dan bagi saya setiap masalah yang kita alami itu adalah kerana kita mampu untuk mengatasinya. Tuhan uji kita selagi hambanya mampu, bagi saya itu cukup memberikan 1001 satu makna semasa menangani sesuatu masalah. Apa-apa pun,jika KITA ingat Tuhan insya-Allah tuhan pun akan ingat kat kita. Peringatan ini untuk saya dan semua yang membaca.
Setiap apa yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya, pasti ada baik buruknya dan saya merasai sedikit demi sedikit kebaikannya. Tiada siapa pun yang boleh bantu kita melainkan diri kita sendiri kita juga perlu berusaha untuk memantapkan dan menguatkan diri kita. Orang lain hanya boleh memberi jalan dan kita harus sendiri berusaha untuk mendapatkan nya.
Ini adalah pengalaman yang amat berharga semasa saya mengikuti Seminar yang diadakan baru-baru ini di Wisma Norbaya. Sebanyak mana pun ilmu yang dibgagi tanpa tindakan dari kita sendiri pastinya tiada apa-apa hasil pun yang kita akan perolehi. Bersyukur saya kerana berjaya mengikuti Seminar ini dengan jaya, Terima Kasih En. Azman yang banyak membantu memberi segala rahsia kepada para peserta seminar.
Okelah untuk kali ini, semoga kita berjumpa lagi di entri akan datang.
Sebelum itu terimalah sebuah ebook percuma dari saya.
serta dapatkan Aku Seorang Blogger pada Harga RM25 shj!
berserta bonus-bonus menarik
dan
dapatkan sekarang sebelum harga dinaikkan RM 90
ikhlas,
Norazuan
22 Dec
Plugin All in One Seo adalah satu plugin bagi mereka yang menggunakan wordpress.Apakah yang dimaksudkan SEO ini dan apakah kepentingan untuk anda bagi sesebuah website yang anda miliki.Apa kata kita zoom baca mengenainya disini.
Search engine optimization (SEO) is the process of improving the volume or quality of traffic to a web site from search engines via “natural” or un-paid (”organic” or “algorithmic”) search results as opposed to search engine marketing (SEM) which deals with paid inclusion. Typically, the earlier (or higher) a site appears in the search results list, the more visitors it will receive from the search engine. SEO may target different kinds of search, including image search, local search, video search and industry-specific vertical search engines. This gives a web site web presence.
As an Internet marketing strategy, SEO considers how search engines work and what people search for. Optimizing a website primarily involves editing its content and HTML and associated coding to both increase its relevance to specific keywords and to remove barriers to the indexing activities of search engines.
The acronym “SEO” can refer to “search engine optimizers,” a term adopted by an industry of consultants who carry out optimization projects on behalf of clients, and by employees who perform SEO services in-house. Search engine optimizers may offer SEO as a stand-alone service or as a part of a broader marketing campaign. Because effective SEO may require changes to the HTML source code of a site, SEO tactics may be incorporated into web site development and design. The term “search engine friendly” may be used to describe web site designs, menus, content management systems, images, videos, shopping carts, and other elements that have been optimized for the purpose of search engine exposure.
Another class of techniques, known as black hat SEO or spamdexing, use methods such as link farms, keyword stuffing and article spinning that degrade both the relevance of search results and the user-experience of search engines. Search engines look for sites that employ these techniques in order to remove them from their indices.
Sumber dari http://en.wikipedia.org/wiki/Search_engine_optimization
Macam mana penting SEO ni kan, jadi bagaimana untuk anda mendapatkannya?..Senang sahaja gunakan mouse anda klik sini untuk mendapatkannya.Tuturial cara untuk mengunakannya pun ada disediakan.Jadi jangan risau dan jangan tunggu lama-lama terus download sahaja untuk mengunakannya.
Fungsi sangat ke Plugin ni, nak download. Betul ke ianya berfungsi sebaiknya.Oklah tak nak cakap banyak banyak apa kata kita tengok screen shot ni..

Ini adalah Statistik daripada blog www.norazuan.com
Hurm macam mana, fungsi tak plugin ni anda sendiri tentukan.Saya dah mencubanya huhu.Tak nak cuba ke?..Untuk pengetahuan anda plugin ini adalah Plugin Percuma a.k.a tanpa modal.Jadi gunakan apa yang free ni sebaik-baiknya ye..DIY now!!!
Dapatkan Lebih Info Dengan Aku Seorang Blogger
15 Dec
Kajian yang dijalankan oleh Netaddiction. com mendapati ada lima kategori bahan kandungan dunia siber yang berisiko tinggi menyebabkan ketagihan
seperti berikut:
1. Ketagihan seks siber cenderung melawati laman web porno, chatting room berkaitan seks dan lain-lain
2. Ketagihan hubungan siber keinginan yang kuat untuk berhubung sama ada melalui email, chatting, diskusi dan sebagainya
3. Ketagihan maklumat mudah dipengaruhi oleh laman-laman web berunsur ehwal semasa, pencarian maklumat dan pengkalan data
4. Ketagihan komputer terpengaruh dengan peralatan teknologi perkomputeran, ciri-ciri komputer cip dan kad, sistem bunyi dan lain-lain
5. Ketagihan permainan komputer mudah lalai akibat taksub bermain permainan komputer sehingga sukar berhenti
Sebenarnya bagi mengenal pasti samada penggunaan terhadap komputer dan internet menyebabkan ketagihan atau sebaliknya bergantung kepada cara dan konteks serta keperluan yang ada dalam diri seseorang individu.
Di samping itu, perkara seperti berikut juga harus lah diberi perhatian bagi menilai tahap kebergantungan kepada komputer dan internet yang boleh menyebabkan ketagihan:
1. Lebih banyak menghabiskan masa di depan komputer berbanding biasa atau melebihi keperluan penggunaan yang sewajarnya
2. Masa untuk melayari internet semakin bertambah dan menjejaskan peranan sebagai seorang individu, pelajar, atau pekerja dan juga menjejaskan tahap produktiviti dan kesejahteraan hidup yang biasa
3. Berasa kurang yakin atau gagal untuk mengawal diri dari pengaruh internet
4. Semakin kurang tumpuan kepada penjagaan kesihatan diri dan pembahagian masa sewajarnya berbanding biasa
5. Muncul tekanan perasaan seperti marah, kecewa dan sedih yang berkaitan secara langsung dengan komputer dan internet dan mulamengasingkan diri dari masyarakat
6. Wujud rasa bosan atau bimbang dan cemas yang keterlaluan jika tidak melayari internet untuk jangka masa tertentu
7. Penggunaan internet yang mengakibatkan kemarahan atau gangguan kepada orang lain seperti ibu bapa, suami atau isteri dan boleh menyebabkan
pertengkaran.
Seseorang yang ketagih internet dan komputer didapati gagal memberi tumpuan yang baik terhadap kehidupannya sepeti biasa. Kehidupan individu yang normal terjalin apabila ia dapat mengekalkan peranannya sebagai seorang manusia yang normal, mewujudkan perhubungan yang baik dan memelihara kesihatannya secara optimum.
Bagi mereka yang ada ketagihan ini , peranan dan perhubungannya dengan individu lain dalam lingkungan hidupnya terjejas. Bagi mengelakkan perkara ini daripada berlaku, strategi dn langkah berikut boleh lah diberi perhatian:
1. Tetapkan objektif dan matlamat sebelum melayari laman web atau menggunakan komputer dengan mengenalpasti tujuan-tujuan penggunaan mereka
2. Tetapkan melayari laman-laman web yang tertentu dan yang perlu sahaja, atau sekadar memenuhi keperluan yang dikehendaki agar tidak melebihi had dan bagi mengelakkan melayari laman yang tidak perlu
3. Hadkan atau tetapkan jangkamasa yang diperlukan ketika menggunakan komputer dan ketika melayari laman siber bagi mengelakkan pembaziran masa
4. Bahagikan masa yang sewajarnya antara kehidupan di dunia siber dan kehidupan di alam nyata supaya wujud keseimbangan
5. Jadikan ruang siber dan internet sebagai sumber pengetahuan untuk meningkatkan peranan menjadi seorang manusia yang sempurna dan untuk menambah kemahiran yang diperlukan dalam kehidupan.
Kesimpulan
Teknologi maklumat dan internet sememangnya mempunyai kesan yang amat besar dalam kehidupan manusia. Dalam aspek kesejahteraan individu dan hubungannya dengan teknologi maklumat, terdapat satu tindak balas yang saling pengaruh mempengaruhi antara satu ama lain.
Memandangkan hubungan dan kaitan yang rapat antara manusia dan teknologi maklumat ini, tidak hairanlah terdapat antara mereka yang tenggelam dalam dunia siber, di samping mereka yang menggunakan internet sebagai saluran untuk mencapai keseronokan peribadi semata-mata.
Hanya mereka yang mampu mewujudkan keseimbangan antara aktiviti internet dan kehidupan sebenar sahaja yang dapat mempertingkatkan kesejahteraan dalam urusan kehidupan mereka untuk kebaikan sesama manusia.
Dapatkan Lebih Info Dengan Aku Seorang Blogger
6 Dec
Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh saya Raja Mohd Kamil dari RajaKamil dot biz.Produk ini yang diberi tajuk Aku Seorang Blogger ataupun [ASB ] merupakan produk terbaru keluaran Raja Kamil Network.Baiklah saudara saudari yang dihormati Allah s.w.t sekalian dalam panduan ini dalam audio ini saya akan kongsikan anda 3 elemen yang menjadikan blog
anda blog yang hebat.Yang pertama traffic yang kedua subscriber dan yang ketiga ialah penjanaan wang daripada blog anda.Terus terang saya katakan saya bukanlah seorang yang menjana berpuluh puluh ribu dengan blog saya dalam sebulan tetapi saya hadir disini selakuseorang blogger yang telah buat eksperimen yang hasilnya positif iaitu blog saya sendiri www.rajakamil.biz.
Buat pengetahuan anda blog ini dilancarkan pada awal tahun 2009 iaitu bulan 2 dan sekarang bulan 10.Blog saya telah menerima kunjungan sehari secara purata 100 ke 300 kunjungan sehari secara purata jumlah pengunjung yang berbeza dan ini bukanlah satu pencapaian yang boleh nak
ditunjuk-tunjuk kan.Tetapi adalah satu pencapaian bagi satu,sebuah blog yang baru.Dan kemudian begitu juga dengan subscriber. Subscriber bagi yang tahu apa itu subscriber iaitu orang mereka yang melanggan blog anda , melanggan feed blog anda.
Biasanya pengunaan Feed Burner ataupun yang berkaitan dengannya.Saya sekarang ini jumlah subscriber saya ialah 1127 sehingga hari ini iaitu tarikhnya 11 November.Ya,jadi saudara-saudari yang dihormati.Bagaimanakah perkara ini boleh dicapai.Jawapannya anda akan dengar selepas ini.Ok baiklah , saya akan pergi satu demi satu dan buat pengetahuan anda apa yang saya ceritakan ini mungkin sahaja tidak betul , mungkin sahaja salah kerana apa yang saya ceritakan ini adalah berdasarkan pengalaman saya dan saya yakin bahawa jika anda mengikuti apa yang saya cadangkan dalam panduan ini anda juga boleh dapat keputusan ataupun result yang sama ataupun lebih hebat daripada saya ianya tidak mustahil.Terus terang saya ketika PMR dahulu dalam Bahasa Melayu saya mendapat D saya memang tidak pandai dalam berbahasa-berbahasi.Ok tetapi kenapa blog saya dapat pencapaian boleh saya katakan satu pencapaian peribadi ke tahap ini.
Jadi inilah tujuan anda mengapa anda mendapatkan audio ini. Saya akan ceritakannya daripada A sampai Z apa yang saya lakukan.Baiklah , sebelum kita teruskan dalam audio ini saya bahagikan pada 3 bahagian iaitu bahagian pertama kita akan membincangkan tentang traffik,bagaimana menarik
traffik,bagaimana mendapat traffik yang tinggi.Yang kedua ialah bahagian subscriber,bagaimana untuk mendapatkan subscriber yang tinggi dalam jumlah yang singkat.
Saya tidak ingin besar-besarkan diri tetapi saya ingin mengajak anda untuk buat penilaian , anda boleh pergi kepada blog-blog yang anda minati dan lihat jumlah subscriber dalam blog tersebut.Mereka lebih lama berblog daripada saya , penulisan mereka lebih canggih , lebih hebat daripada tulisan saya.Tetapi bagaimanakah saya dapat naikkan jumlah subscriber ini.Ingin saya tegaskan bahawa subscriber ini bukannya subscriber palsu sebab ada juga suara-suara sumbang yang kata bolehlah daftar sendiri , bolehlah daftar sendiri.Ok saya pernah cuba dulu dalam blog saya mula-mula dulu 25—–.blogspot.com. Ok saya cuba nak buat benda tu daftar sini semua dan saya
surrender tak sanggup dengan internet connection yang slow dan dengan computer yang lambat ia mengambil masa kadang-kadang sehingga 5 ke 10 minit.
Jadi saya tidak sanggup untuk buang masa saya begitu , lebih baik saya fokus kepada bisnes saya.Ok jadi ini adalah subscriber yang genuine.Ok , bagaimana untuk mendapatkan subscriber yang tinggi walaupun anda baru dalam bidang blogging ini.Yang terakhir iaitu yang paling penting yang ramai ingin tahu ialah penjanaan wang.Blogger Rohaizad.com beliau memang seorang yang hebat dalam menjana income daripada blog.Tetapi saya tidaklah sehebat beliau walaubagaimanapun saya boleh mendapatkan
income daripada blog saya cukup untuk bayar duit server , duit hosting saya , untuk bayar internet, untuk bayar keperluan-keperluan yang berkaitan dengan blog saya.Ok maksudnya blog saya boleh dikatakan maintainance free sebab blog saya menghasilkan duit untuk blog saya sendiri.Jadi saya tak buat apa-apa melainkan saya berblog bahkan sebenarnya saya mendapat lebih banyak hasil daripada blog saya sehingga saya dapat mampu menyara hidup saya isteri dan anak-anak saya.
Alhamdulillah.
Dapatkan Aku Seorang Blogger FULL EDITION sekarang sebelum haraga dinaikkan kepada RM 90.00 !
24 Nov
Dari Teratak Raja Kamil;
Saya ingin mendedahkan satu rahsia bagaimana anda dapat tingkatkan traffik blog anda.
Ramai yang bertanya kepada saya, bagaimana hendak meningkatkan traffik blog mereka.
Bila saya tanya kepada mereka, tahu kan bertapa pentingnya trafik kepada blog?
Mereka pun tidak pasti. Tanyalah kepada sesiapa sahaja, apakah kepentingan trafik pada satu-satu laman web.
Banyak.
Dengan trafik yang tinggi, anda boleh jadikan blog anda sumber income.
Ini adalah sedutan filem dari produk keluaran Raja Kamil iaitu Aku Seorang Blogger tajaan saya yang terbaru dan masih hangat diperkatakan oleh rk fanatic.Berkat usaha dan perbincangan selama dua hari akhirnya kami mendapat kata sepakat dan ianya menjadi hak milik saya.
Jadi jangan berlengah lagi untuk mendapatkan Aku Seorang Blogger karya otai Raja Kamil.
Kepada anda yang nak tengok blognya ramai pelawat,banyak subscriber dan seterusnya hasilkan income, maka anda harus dapatkan produk ini. RM10 je
, http://akuseorangblogger.com/ a.k.a A.S.B
p.s : RM 10 untuk produk ini adalah pelaburan bijak untuk anda
p.p.s : Kepada yang sudah Pembeli
Tahniah kepada Anda dari saya.
Salam ASB ,
Norazuan
20 Nov
Di dalam berniaga, keuntungan adalah salah satu matlamat utama perniagaan. NAMUN di sebalik itu, kepuasan hati pembeli harus juga dititik-beratkan walaupun terkadang ia satu perkara yang rumit.
Di dalam bidang perniagaan internet, begitu banyak panduan cara melakukan perniagaan internet. Dari ebook, video dan sebagainya, dengan tajuk yang berbeza, tetapi isi kandungannya lebih kurang sama. Ia tidak salah kerana lain usahawan, maka perlulah tajuk yang berbeza.
Cuma yang menjadi permasalahan yang berbangkit adalah sejauh mana panduan tersebut dapat membantu pembeli selaras dengan janji-janji yang ditaburkan dalam laman web jualan. Malah yang lebih teruk, di laman jualan mengatakan A, tapi rupanya di dalam ebook adalah B.
Kita sebagai usahawan memang boleh berbangga dengan hasil jualan puluhan atau ratusan ribu ringgit daripada pelancaran dan jualan produk. NAMUN, sejauh manakah kejayaan para pembeli kita?
Sedikit sukar bagi kita untuk membantu mereka menyelesaikan masalah atau memenuhi keperluan mereka. TETAPI, jika kita telah berjanji, maka tiada perkara lain melainkan kita cuba menunaikan janji tersebut.
Kejayaan kita menghasilkan 5 angka atau 6 angka, itu adalah kejayaan kita, TAPI BUKAN KEJAYAAN PEMBELI.
Kejayaan yang sebenar di dalam perniagaan adalah apabila pembeli atau pelanggan kita telah BERJAYA menyelesaikan masalah mereka atau telah berjaya memenuhi keperluan mereka setelah merujuk panduan yang diberikan. Atau sekurang-kurangnya mereka dapat maju selangkah ke hadapan.
Dalam maksud yang lain, sejauh mana kita telah membantu para pembeli. Janganlah selepas menaburkan janji manis, kita terus hilang ghaib entah ke mana. Sebaliknya hanya muncul apabila mahu menjual dan membuat untung sahaja.
Usahlah berbangga dengan hasil yang besar jikalau kita tidak berjaya menyelesaikan masalah atau memenuhi keperluan pembeli. Usahawan sebenar bukan hanya mahu keuntungan semata-mata, tetapi juga amat sensitif dan peka dengan masalah para pelanggannya.
Saya tidak mengatakan ebook panduan yang banyak sekarang ini tidak bagus. Bukan ebook atau produk yang menjadi masalah, tapi tuan punya produk. Ebook hanya medium sahaja sebagai bahan pembelajaran. Tapi jika si tuan punya janji macam-macam dan tidak menunaikannya, itulah masalahnya.
Cubalah yang terbaik. Mencuba itu lebih baik daripada tidak buat langsung. Saya menulis perkara ini bukan untuk orang lain, tapi juga untuk diri saya sendiri sebagai peringatan.
Tulisan saya ini bukan hanya untuk mereka yang membuat ebook perniagaan internet sahaja, tetapi untuk apa saja bidang (niche). “Juallah HARAPAN beserta dengan BANTUAN (sell hope & help)”. Itu kata seorang IM luar negara. Tak salah menjual harapan di surat jualan, tapi berikanlah juga BANTUAN. Tapi ramai mana yang rela melakukan hal ini?
Sambungan nya di sini.
Selamat Membaca.
19 Nov
Artikel ini adalah khas untuk mereka yang sedang menceburkan diri di dalam arena Internet Marketing. Bagi yang bukan, artikel ini juga boleh dibaca oleh anda sebagai pengetahuan tambahan..
Di dalam bidang perniagaan internet atau Internet Marketing, terdapat banyak cabang atau model atau cara buat duit. Antaranya:
1. Lelongan seperti Ebay dan Lelong.com.my
2. Menjual produk Fizikal
3. Perkhidmatan
4. Produk digital seperti ebook
5. Affiliate seperti Clickbank
6. Blogging
Persoalan saya di sini, apakah posisi anda?
Jika anda seorang usahawan produk digital, anda lebih tahu apa yang anda buat itu berbanding mereka yang melakukan model lain.
Jika anda seorang blogger, anda lebih tahu daripada orang lain.
Jika anda seorang ebayer, anda lebih tahu apa yang anda buat itu.
Blogger tidak akan tahu sangat mengenai ebay. Usahawan ebook tidak tahu sangat mengenai blogging. Blogger tidak akan tahu sangat mengenai perniagaan produk informasi. Dan begitulah seterusnya…
Begitu juga dengan pelbagai teknik Internet Marketing. Jika anda buat email marketing, anda lebih tahu apa yang anda buat. Mereka yang mengkritik biasanya hanya pada pendapat emosi semata-mata. Padahal, anda tidak melakukan apa-apa kesalahan. Jika anda melakukan teknik Social Marketing, anda lebih tahu daripada mereka yang tidak melakukannya. Begitulah seperti yang lain…
Sambungan nya di sini.
Selamat Membaca.
19 Nov
Saya tahu saya masih baru dalam bidang blogging, dan mungkin selepas ini saya akan lebih banyak berkongsi tentang skill & teknik blogging dengan anda. Saya ingin berkongsi dengan anda sedikit pengenalan & mengapa anda harus berblogging. Ia sebenarnya tidaklah sesukar yang anda bayangkan. Bagi mereka yang telahpun mempunyai blog tetapi masih tiada traffik & pembaca, artikel ini untuk anda.
Adakah anda benar-benar faham apakah itu blogging?
Ramai yang selalu bertanya kepada saya apakah perbezaan website dan blog. Sebenarnya langsung tiada perbezaan. Website atau laman web, mempunyai pelbagai jenis seperti forum, portal, news, ecommerce (kedai online), salesletter (web jualan), blog dan banyak lagi. Oleh itu, blog sebenarnya adalah sejenis laman web. Faham sekarang? Blog berasal dari istilah ‘web log’ yang diringkaskan menjadi ‘blog’. Blog sebenarnya hampir sama dengan news tetapi ia lebih kepada artikel peribadi dari pemilik blog yang disusun mengikut tarikh dan masa. Di sebabkan ia lebih kepada artikel peribadi, ia sering dikaitkan dengan diari peribadi pemilik blog. Tetapi zaman sekarang nie, blog bukan untuk artikel peribadi sahaja tetapi untuk menulis gosip2 artis dan melakukan ‘article marketing’. Sesuatu yang istimewa tentang blog adalah ia lebih mesra ‘enjin carian’ dan lebih sesuai dengan teknologi RSS.
Siapa yang akan melawat blog kita?
Blog sebenarnya adalah perkongsian minat, atau topik yang akan mengakibatkan semua orang yang sama minat atau bidang dengan kita, datang dan membaca di blog kita. Jika anda menulis blog tentang memancing, sudah tentu kaki pancing sahaja yang akan menemui blog anda. Seperti blog ini, saya menceritakan tentang keusahawanan internet, oleh itu hanya mereka2 yang memiliki minat yang sama sahaja yang akan menemui blog ini. Oleh itu jika anda sedang menjalankan perniagaan di Internet seperti eBay, Lelong dan sebagainya, pastikan anda juga berblogging kerana ia tidak akan merugikan anda.
Mengapa blog anda tiada traffik?
Jika anda mengkaji secara mendalam tentang blogging, sudah tentu anda tahu satu strategy yang terbaik untuk mencari pengunjung blog adalah dengan menyumbangkan sesuatu kepada pelayar internet. Dengan hanya menulis artikel, anda memerlukan masa yang agak lama untuk mencari pelawat, tetapi jika anda tidak menulis artikel, semua pembaca anda tidak berminat lagi dengan blog anda (seperti yg terjadi kepada saya beberapa bulan lepas). Selain itu, blog anda juga perlulah disenaraikan di enjin carian dan ia mengambil masa yang agak lama. Sebab itulah banyak diluar sana anda melihat laporan-laporan percuma & ebook percuma yang diedarkan di Internet. Selain dari blogger tersebut mencari mailling list, beliau membina reputasi dan mempunyai pengikut tersendiri di Internet. Sebab itulah jika anda mempunyai blog tetapi tidak pernah menyumbang sesuatu, janganlah berasa hairan kerana traffik hanya masuk jika anda memberi faedah kepada mereka.
Bolehkah menjana pendapatan dengan blogging?
Pada awalnya saya sendiri mempersoalkan perkara ini. Tetapi setelah…
Sambungan nya di sini.
Selamat Membaca.