Norazuan | Aku Seorang Blogger

Ready to be Somebody

Archive for the ‘Motivasi’ Category


 Powered by Max Banner Ads 

17 Fail Kemewahan dari Rahsia Pemikiran Jutawan
oleh Zamri Nanyan

“Secrets of the Millionaire Minds” tulisan T. Harv Eker merupakan sebuah buku hebat untuk menerangkan betapa pentingnya anda berfikir sebagai jutawan untuk menarik kemewahan ke dalam hidup anda.

Di dalam buku ini, terdapat 2 bahagian penting.

Bahagian 1 – Cetakbiru Wang Anda (Your Money Blueprint)

Bahagian 2 – Fail Kemewahan (The Wealth Files)

Selepas habis membaca buku ini, saya rasa adalah baik untuk saya kongsikan ilmu yang terdapat di dalam buku ini bersama anda.

Sekiranya apa yang saya sampaikan melalui artikel ini dapat mengubah nasib anda kepada yang lebih baik di kemudian hari, saya hendak anda tahu bahawa sumbernya datang daripada buku “Secrets of the Millionaire Minds”.

Saya akan huraikan serba ringkas 17 fail kemewahan yang dibincangkan di dalam Bahagian 2 buku ini. Perlu saya ingatkan di sini bahawa “orang kaya” dan “orang miskin” yang dirujuk di dalam artikel ini bermaksud “orang berfikiran kaya” dan “orang berfikiran miskin”.

Untuk itu, adalah mudah untuk anda menentukan siapakah anda yang dimaksudkan di dalam artikel ini dengan menukarkan “pemikiran” anda.

Katakan pada diri anda dan fikirkan bahawa anda adalah “orang berfikiran kaya”.

Mari kita lihat keseluruhan sinopsis Bahagian 2 buku “Secrets of the Millionaire Minds” daripada T. Harv Eker.

Wealth File #1: Rich people believe “I create my life.” Poor people believe “Life happens to me.”

Maksudnya, orang kaya percaya “Saya cipta kehidupan saya sendiri” manakala orang miskin pula percaya “Saya hidup seperti yang apa yang telah dan sedang berlaku.”

Di dalam contoh ini, orang kaya fikir bahawa mereka mempunyai kawalan untuk menentukan bagaimana arah tuju kehidupan mereka. Mereka akan berusaha untuk mencapai matlamat yang mereka inginkan.

Sebaliknya, orang miskin akan membiarkan apa yang terjadi di dalam hidup mereka sebagai ketentuan. Mereka tidak akan berusaha untuk mencapat matlamat yang diidamkan. Sekiranya ada masalah, mereka akan menyalahkan orang lain, memberi alasan kepada masalah yang timbul dan akhirnya komplen tentang apa sahaja yang berlaku di sekeliling.

Wealth File #2: Rich people play the money game to win. Poor people play the money game not to lose.

Maksudnya, orang kaya akan sentiasa memastikan mereka akan untung di dalam setiap perkara yang berkaitan wang, manakala orang miskin akan memastikan mereka tidak rugi di dalam perkara ini.

Terdapat perbezaan di mana anda mendapat untung dan anda tidak rugi. Sebagai contoh, sekiranya anda melabur di dalam bursa saham, apakah yang anda ingin perolehi?

Jika anda ingin menjana keuntungan, mesti anda akan pastikan setiap pembelian saham dilakukan dengan teliti dan pembelian dilakukan dengan baik, supaya anda tahu yang anda akan untung nanti.

Jika anda tidak untung banyak, untung sedikit pun masih lagi positif di dalam akaun anda. Sebaliknya, jika anda cuma melabur untuk tidak rugi, apa akan jadi jika perkara sebaliknya berlaku? Rugi, bukan? Dan bukannya untung sedikit.

Matlamat anda perlu menjurus kepada kejayaan, bak kata orang putih “Shoot for the moon. Even if you don’t reach it, you’ll land among the stars”.

Fikirkan kemenangan di dalam bidang yang anda usahakan.

Mengenai Penulis

Zamri Nanyan mula berkecimpung di dalam Perniagaan Internet sejak tahun 2003. Internet juga memberikan Zamri kebebasan untuk meluahkan fikiran beliau, menambah ramai kenalan dari serata dunia dan menjana pendapatan pada masa yang sama. Beliau berasa puas sekiranya dapat membantu lebih ramai orang membongkar rahsia menjana pendapatan melalui Internet. Lawati laman web beliau di http://PerniagaanInternet.ws/r/admin untuk mempelajari sistem pemasaran internet beliau.

  • Share/Bookmark
  • 0 Comments
  • Filed under: Motivasi, info, tips
  • Salam Hormat,

    Kepada pengunjung blog ini, apa khabar? Terima kasih kerana sudi menjenguk disini. Alang menjeguk boleh tinggalkan komen kat ruangan komen di bawah.

    Entri kali ini yang bertajuk Masalah Menguji Kesabaran dan Kekuatanku, dan ini adalah True Story. Pertama sekali dengan kekuatan yang ada ini dapat juga menyiapkan entri ini. Apa  masalah yang saya hadapi minggu yang lalu? Huh.! pelbagai yang dihadapi  antaranya berpindah  ke tempat baru, kenderaan rosak perlu di baiki dan melayan karenah orang yang tamakkan kuasa a.k.a Power Crazy.

    Kesibukan masa dan mental yg lemah membuatkan keinginan untuk berblogging menurun, dan bila dah satu-satu masalah diatasi Alhamdulillah kekuatan datang kembali untuk meneruskan aktiviti berblogging yang lama saya tinggalkan ini.

    Masalah yang dihadapi perlu kita atasi dan bagi saya setiap masalah yang kita alami itu adalah kerana kita mampu untuk mengatasinya. Tuhan uji kita selagi hambanya mampu, bagi saya itu cukup memberikan 1001 satu makna semasa menangani sesuatu masalah. Apa-apa pun,jika KITA ingat Tuhan insya-Allah tuhan pun akan ingat kat kita. Peringatan ini untuk saya dan semua yang membaca.

    Setiap apa yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya, pasti ada baik buruknya dan saya merasai sedikit demi sedikit kebaikannya. Tiada siapa pun yang boleh bantu kita melainkan diri kita sendiri kita juga perlu berusaha untuk memantapkan dan menguatkan diri kita. Orang lain hanya boleh memberi jalan dan kita harus sendiri berusaha untuk mendapatkan nya.

    Ini adalah pengalaman yang amat berharga semasa saya mengikuti Seminar yang diadakan baru-baru ini di Wisma Norbaya. Sebanyak mana pun ilmu yang dibgagi tanpa tindakan dari kita sendiri pastinya tiada apa-apa hasil pun yang kita akan perolehi. Bersyukur saya kerana berjaya mengikuti Seminar ini dengan jaya, Terima Kasih En. Azman yang banyak membantu memberi segala rahsia kepada para peserta seminar.

    Okelah untuk kali ini, semoga kita berjumpa lagi di entri akan datang.

    Sebelum itu terimalah sebuah ebook percuma dari saya.

    Blogging for Affiliate

    serta dapatkan Aku Seorang Blogger pada Harga RM25 shj!

    berserta bonus-bonus menarik

    dan

    dapatkan sekarang sebelum harga dinaikkan RM 90

    ikhlas,

    Norazuan

    • Share/Bookmark

    du_01_1

    -credit to kosmo online for this photo-

    DUBAI – Bangunan tertinggi di dunia, Burj Khalifa di Emiriyah Arab Bersatu (UAE) yang setinggi lebih 828 meter dibuka secara rasmi semalam.

    Sebelum pembukaannya, beberapa orang dibenarkan untuk menyaksikan pemandangan di geladak pemerhatian di tingkat 124.

    Bangunan setinggi 160 tingkat itu dibina oleh kira-kira 12,000 buruh dengan kos sebanyak AS$1.5 bilion (RM5.1 bilion).

    Syarikat pemaju, Emaar menyatakan 90 peratus unit kediaman di bangunan itu sudah habis dijual.

    Bangunan itu sebelum ini dikenali sebagai Burj Dubai mengatasi pencabarnya sebelum ini, Taipei 101 di Taiwan yang setinggi 508 meter. – kosmo online-

    Inilah dia pencapaian dunia yang boleh dibanggakan.Memang tinggi kedudukan Burj Khalifa kita jika melihat kebawah dan lagi tinggi kita rasa bila mendongak keatas untuk melihat ke puncak paling atas Burj Khalifa.

    Pastinya Burj Khalifa merupakan satu ciptaan yang manusia yang hebat ketika ini.

    Oklah begitulah juga azam saya tahun ini. Setinggi Burj Khalifa keinginan saya untuk mencapai segala azam saya. Bagi saya matlamat saya keazaman saya adalah untuk mencapai kebebasan kewangan.

    Kebebasan kewangan yang saya pertama saya akan usaha untuk melakukan ialah menyelesaikan segala hutang saya. Itu adalah matlamat dan azam saya bagi tahun 2010. Insya Allah dengan berkat kesabaran dan kekuatan yang ada saya akan kearah itu.

    Bukan senang nak senang, bukan susah nak susah. Apa yang penting target saya realistik dan boleh dicapai dalam Tahun 2010. Oh ya, masih belum terlewat jika saya ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru 2010 [saya memyambut bersama isteri di rumah sambill bermain bunga api, haha].

    Oklah tak kira apa pun Burj Khalifa akan membuatkan saya ingat azam saya.

    Burj Khalifa = Azam Norazuan

    Barulah bersemangat sebab bagi saya mudah je ” u are what u think “. Wasalam.

    • Share/Bookmark

    Salam sejahtera semua daripada saya,

    Apa khabar anda semua, kali ni saya nak buat satu perbincangan mengenai ‘Jadi Hebat Berkawan Dengan Orang Hebat’ apakah ianya logik dan salah satu faktor untuk kita menjadi hebat.Hebat disini tidak kira lah dari bidang apa pun tetapi disini saya ingin mengetahui bahawa apakah pengalaman anda dengan entri kali ini iaitu ‘Jadi Hebat Berkawan Dengan Orang Hebat’.

    Sebelum itu saya ingin menceritakan tentang pengalaman saya mengenai ‘Jadi Hebat Berkawan Dengan Orang Hebat’.Bagi saya ini adalah fakta yang jelas dan saya sedang berada di dalam keadaan ini.Saya tidaklah hebat tetapi saya berkawan dengan orang yang hebat.Hebat maksud saya disini adalah hebat yang positif.

    Bagi saya, orang yang hebat ini adalah orang yang sanggup memberi sokongan, galakan, motivasi dan yang paling penting rendah diri dan tidak cakap tak serupa bikin. :) .Syukurlah saya telah menemui orang yang hebat yang boleh membimbing saya ke arah yang positif.Tanpa bimbingan dan galakan beliau saya rasa, saya tidak akan fokus dan dapat menulis entri ini. :)

    Orang tua ada berpesan kat saya, nak menuntut ilmu biarlah berguru.Jangan kita belajar/menuntut ilmu seorang diri kerana pasti ada makhluk lain yang bersama kita. :) .Walau apa pun, kita masih tetap manusia biasa yang sentiasa melakukan dosa tetapi apa yang penting kita berusaha untuk jadi lebih baik.

    Ok lah, itu pengalaman saya mengenai ‘Jadi Hebat Berkawan Dengan Orang Hebat’.Anda bagaimana pula, mesti ada pengalaman yang ingin di kongsi bersama. :) . Ok , tunggu apa lagi, kongsi pengalaman anda di ruang komen di bawah. :)

    *********************************************************

    Dapatkan Aku Seorang Blogger

    dengan tawaran istimewa RM 10.00

     

    • Share/Bookmark

    Apakah Posisi Kita?

    Artikel ini adalah khas untuk mereka yang sedang menceburkan diri di dalam arena Internet Marketing. Bagi yang bukan, artikel ini juga boleh dibaca oleh anda sebagai pengetahuan tambahan..

    Di dalam bidang perniagaan internet atau Internet Marketing, terdapat banyak cabang atau model atau cara buat duit. Antaranya:

    1. Lelongan seperti Ebay dan Lelong.com.my

    2. Menjual produk Fizikal

    3. Perkhidmatan

    4. Produk digital seperti ebook

    5. Affiliate seperti Clickbank

    6. Blogging

    Persoalan saya di sini, apakah posisi anda?

    Jika anda seorang usahawan produk digital, anda lebih tahu apa yang anda buat itu berbanding mereka yang melakukan model lain.

    Jika anda seorang blogger, anda lebih tahu daripada orang lain.

    Jika anda seorang ebayer, anda lebih tahu apa yang anda buat itu.

    Blogger tidak akan tahu sangat mengenai ebay. Usahawan ebook tidak tahu sangat mengenai blogging. Blogger tidak akan tahu sangat mengenai perniagaan produk informasi. Dan begitulah seterusnya…

    Begitu juga dengan pelbagai teknik Internet Marketing. Jika anda buat email marketing, anda lebih tahu apa yang anda buat. Mereka yang mengkritik biasanya hanya pada pendapat emosi semata-mata. Padahal, anda tidak melakukan apa-apa kesalahan. Jika anda melakukan teknik Social Marketing, anda lebih tahu daripada mereka yang tidak melakukannya. Begitulah seperti yang lain…

    Sambungan nya di sini.

    Selamat Membaca.

    • Share/Bookmark

    Salam hormat;

    Bulan 11 ini ada sedikit pertambahan tanggung jawab iaitu, menjaga adik-adik. Memandangkan ummi dan abah saya menunaikan haji, saya mem’volunteer’kan diri menjaga adik-adik. Oh…bestnya balik kampung.

    Saya memang suka bersama adik beradik. Teringat zaman kanak-kanak dulu. Walaupun dengarnya macam suatu kerja yang berat, tapi sebenarnya tidak. Kat rumah ni ada 2 orang je adik saya.

    Yang seorang Raja Norasiah, 15 tahun dan seorang lagi Raja Kamaluddin, 13 tahun.

    Tak kecil sangat (tak merengek) dan tak besar sangat (maintenance tinggi).

    Di kesempatan bersama mereka, minggu lepas, saya ada mengajar mereka cara membina blog sendiri menggunakan platform blogspot.

    Ini blog-blog mereka:
    1. http://rajakamaluddin.blogspot.com – toys & science freak
    2. http://triliciousrecipe.blogspot.com – mencipta makanan paling sempurna, sedap+murah+senang=?

    Sambungan nya di sini.

    Selamat Membaca. :)

    • Share/Bookmark

    Hari ini anak-anak dan adik-adik kita akan diuji fokus mereka.
    Hari ini anak-anak dan adik-adik kita akan diuji semangat mereka.
    Hari ini anak-anak dan adik-adik kita akan diuji adrenalin mereka.
    Hari ini anak-anak dan adik-adik kita akan diuji tawakkal mereka.

    Dan hari ini, aku akan menulis sebagai seorang abang kepada semua adik-adik yang akan menghadapi peperiksaan SPM. Yup, satu saat dalam kehidupan yang boleh di katakan penting.

    Dik,
    Dahulu abang juga adalah seorang pelajar. Abang bersekolah tadika, bersekolah rendah, bersekolah agama, bersekolah menengah. Dalam perjalanan setiap satu peralihan, abang pernah menjadi pelajar yang boleh di katakan cemerlang kepada diri abang sendiri.

    Tetapi setelah UPSR dan PMR, abang sudah mula merasakan yang semuanya mudah. Ini adalah kerana abang pernah berkata dalam hati kecil ini bahawa abang “boleh buat”. Waktu itu, abang memang tidak tahu perbezaan di antara CONFIDENT dan OVER CONFIDENT.

    Sambungan nya di sini.

    Selamat Membaca.

    • Share/Bookmark
  • 0 Comments
  • Filed under: Gagal, Motivasi, Usaha
  • Pengalaman mengajar erti kehidupan.Pengalaman menguji kesabaran.Pengalaman menguji kekuatan.Pengalaman menguji segalanya.Pengalaman dapat merubah kita menjadi lebih baik dan lebih buruk bergantung kepada pemikiran kita.Pengalaman saya harini membuatkan saya lebih berhati-hati.

    Nampak mudah untuk kita update wordpress.Tapi hakikatnya untuk orang baru pertama kali update.Pasti banyak peristiwa lucu,cemas,suka seorang diri yang berlaku sebelum berjaya untuk update.Keadaan ni berlaku pada saya pada petang tadi.Kegatalan tangan dan keinginan yang tinggi untuk update wordpress akhirnya salah terpadam fail yang tidak patut dipadam. :( :( :(

    Akhirnya segala apa yang ada dalam wordpress semua saya delete.Alang-alang terdelete biar semua saya delete. :) .Disinilah pengalaman upload wordpress teruji dengan menggunakan Pakej Lengkap Kit Blogger.Semuanya kembali seperti yang anda tengok sekarang ni.Kredit to SmartZul dan Yoji kerana mengeluarkanl produk yang hebat bermutu tinggi untuk IM Malaysia.

    Gagal bukan bermakna anda tidak berjaya tetapi kerana anda gagal bangkit semula untuk melakukan semula. :) :)

    • Share/Bookmark
  • 0 Comments
  • Filed under: Admin, Gagal, Motivasi, Usaha

  •  Powered by Max Banner Ads