Norazuan | Aku Seorang Blogger

Ready to be Somebody

Archive for the ‘tokoh’ Category

SEO Secara Mudah


 Powered by Max Banner Ads 

SEO Secara Mudah

Ramai yang bertanya saya. “Zul, macam mana blog awak dan juga bebarapa laman web yang awak buat dapat top ten bagi carian menggunakan keyword pilihan ramai?”.

Sebelum saya menjawab, saya ingin nyatakan bahawa, kadang-kadang saya berasa pelik juga dengan enjin carian, kerana benda yang kita tidak sangka kekadang boleh berlaku dan di luar pengetahuan kita. Ok, kita lupakan dulu perkara pelik ini.

Saya akan kongsikan beberapa tip dan teknik SEO yang begitu mudah! Kebanyakan orang dah tahu benda ni, cuma mungkin laman web saya ada kelebihan lain kot. hehe..

Tip 1# Title Tag Laman Web

Title atau tajuk laman web ADALAH ‘rahsia’ saya selama ini. Ya, betul! Tak tipu. Bahagian inilah yang saya utamakan setiap kali proses pembangunan sesebuah laman web. WAJIB!! Tetapi timbul persoalan di sini. “Zul, saya dah buat, tapi kenapa still tak dapat top ten atau at least page 2 dan 3 di senarai carian?”. Jawapan saya mudah, title tag hanya satu bahagian sahaja. mari kita tengok bahagian penting yang lain.

Satu laman web di mana content-nya berbahasa inggeris yang saya buat untuk partner saya, top ten di yahoo dan kadang-kadang di google. Dapat bersaing dengan laman web bahasa melayu yang lain. Saya hanya optimize title tag dan meta tag sahaja. Kandungannya adalah english! Tapi kenapa boleh bersaing dengan web berbahasa melayu lain yang penuh dengan content atau kata kunci bahasa melayu? Sebab web lain tak ada title keyword tersebut. 

Tip 2# Nama Domain

Huhu, nama domain smartusaha.com langsung tak ada keyword ‘perniagaan internet’. Tapi bila search di google dan yahoo, kenapa blog saya yang nama domainnya tak ada pun kata kunci itu boleh berada top ten di enjin carian? Tapi tak apa, kepada yang baru nak beli domain, pastikan nama domain anda sama dengan topik atau niche anda.

Sebuah laman web client saya, yang tidak ada apa-apa artikel (cuma sales letter), tapi top ten di yahoo dan google. MENGAPA?? Sebab nama domain. Tapi ingat, kalau setakat ada nama domain tapi lain-lain aspek seperti kandungan anda tidak masukkan, jangan harap nak dapat tangga top ten. 

Tip 3# Kerapkan penggunaan kata kunci yang KERAP orang gunakan di enjin carian.

Sebagai contoh, ‘perniagaan internet’ digunakan lebih dari 300 carian sebulan di yahoo atau mungkin 3 kali ganda di google. Tetapi ingat, jangan terlampau-lampau menggunakan kata kunci yang sama. Berpadalah.. Cara saya, setiap kali saya menulis artikel / post di blog ini, saya akan ulang beberapa kali keyword tersebut.

Note: Jangan syok sendiri dengan kata-kunci ciptaan dan rekaan sendiri. Kalau nama domain anda akupunyasukalah.com dan anda cari di google menggunakan kata kunci ‘aku punya suka lah’, confirm anda no 1 (biasanya). Tapi percayalah, anda sorang je yang guna keyword tu. Lainlah jika domain anda adalah jenama anda yang sudah terkenal seperti amazon, maybank, adidas dan lain-lain.

Tip 4# Bold-kan kata kunci

Jika anda perasan, saya kekadang bold-kan atau tebalkan kata kunci di dalam penulisan saya, seperti: perniagaan internet. Apabila kita lakukan sebegini, enjin carian akan menganggap kata-kunci itu adalah perkara penting yang ingin disampaikan oleh content tulisan kita.

Tip 5# Kurangkan artikel atau tulisan orang lain

Sepanjang yang saya tahu, enjin carian boleh tahu artikel di laman web anda asli milik anda atau sekadar copy & paste. Cara saya, jika saya ingin menulis mengenai sesuatu, saya akan membuat ulasan pendek sendiri dan akan link-kan jika perlu ke laman artikel berkaitan. Mengapa perlu kurangkan? Jawapan saya adalah soalan ini: Berapa ramai yang menggunakan artikel yang sama tersebut untuk laman web mereka? Itu adalah pesaing laman web anda! Bukan tidak boleh letak artikel orang lain, malah kadang-kadang digalakkan. Pendek kata, berpada-pada. 

Tip 6# Niche

Hehe, tak habis-habis niche. Penting sangat ke benda tu? Ya, tak penting. TAPI TER-SANGAT PENTING!! Buat laman web yang kurang orang buat bagi sesuatu topik. Inilah RAHSIA TERBESAR kejayaan ramai usahawan internet –> NICHE. Seperti contoh yang saya ceritakan, seorang client saya mempunyai sebuah laman web yang niche. Hehe, carian keyword tu amat banyak juga. Dan… Laman web dia sentiasa top ten dan setiap hari ada orang subscribe newsletter di laman web beliau.  Sebab dia sorang jer betul-betul fokus pada topik tu kat Malaysia ni.

Tip 7# Jangan main ILMU HITAM

hehe, orang kata, jangan main api kalau takut terbakar. Ya, anda jangan gunakan teknik SEO yang menjadi pantang enjin carian. Sekali dikesan, mereka boleh terus ban atau sekat kemasukan laman web anda ke dalam database carian mereka selama-lamanya! Jangan buat hidup anda merana dan menangis tak ber-air mata.. Apakah contoh teknik hitam tersebut? Anda boleh cari di google. 

Tip 8# Apabila sudah niche, jangan ‘main’ benda lain

Laman web Cik Ayu sudah niche, pasal nasi lemak jer. Tapi Cik Ayu rajin menulis. Semua ditulisnya. Pasal bola, pasal artis, pasal filem, macam-macam. Semua ada.. Elakkan hal ini. Blog saya 90% sentiasa berkaitan dengan perniagaan internet. 10% lagi perkara lain namun saya buat twist sikit. Twist? hehe, harap2 betullah ejaan tu yer.. Yup, kalau saya sentuh pasal sadaqah katakan, saya akan kaitkan dengan usahawan internet yang sejati. Ya lah, usahawan yang baik, dia tak lupa ber-sedekah bukan?  Saya tetap gunakan kata kunci yang berkaitan dengan keusahawanan internet di dalam topik yang tidak berkaitan.

Berbalik kepada tip no 8 ni, cik ayu rajin sangat. Walau nama domain dia katakan nasilemakmelayu.com, dia dah pilih niche nasi lemak melayu jer, namun kasihan. Kenapa susah nak dapat top ten yer? “Tu la kak ayu, nama domain nasi lemak, tapi yang pi citer pasal artis, huburan, filem, gosip, kenapa?”. Tak ada kaitan langsung dengan nasi lemak”. Hehe, cik ayu tu nama rekaan saya jer. Mengapa anda perlu fokus pada niche anda dalam penulisan, sebab keyword yang berkaitan dengan niche akan membantu laman web anda terpilih di hati enjin carian.  Enjin carian adalah bijak!! Ia boleh tahu laman web mana yang banyak content yang berguna untuk orang yang sedang mencari bagi keyword tertentu.

Tip 9# Meta-Tag

Maaf, sepatutnya saya letak tip ni paling awal. hehe.. Tapi saya dah sentuh sikit kat awal tulisan ni pasal meta-tag. Ada orang kata, tak buat meta-tag pun takper, buat pun boleh. Tapi saya lebih suka buat, sebab walau 1% sahaja kesannya, ia tetap membantu bukan?

Contoh:

<meta name=”description” content=”Nasi Lemak Melayu Johor”>
<meta name=”keywords” content=”nasi lemak, melayu, johor, resepi, petua, tips”>  Letak di dalam tag <’head> dan <’/head> di dalam kod HTML laman web anda. Hehe, belajarlah HTML yer. 

Tip 10# Isi kandungan / artikel / tulisan

Banyakkan contents / kandungan di dalam laman web anda. Ya, pepatah ada mengatakan, sehari selembar benang, lama-lama jadi bukit. Blog saya telah melebihi 100 lebih tulisan dan 600 lebih komen, berkisarkan perniagaan dan keusahawanan internet. Penulisan bermula September 2005. Sebab tu google dan yahoo sukakan blog ni.  Saya ulang sekali lagi, fokus dan tumpu pada keyword yang berkaitan dengan niche anda sahaja dan banyakkan kandungan / artikel.

Itulah beberapa tip dan ‘rahsia terpendam’ saya, mungkin di lain kali boleh cerita cara-cara lain. Anda cuba 10 cara di atas, dan beritahu hasilnya kepada saya nanti. Pokok pangkal, bersabar! Jangan main kotor.. 

Wassalam.

PS. 10 tip di atas adalah berdasarkan pengalaman saya sendiri. Mungkin ia tidak tepat atau tidak useful? Mungkin anda lebih pakar dan tahu daripada saya. Dan ingin saya tekankan, saya hanya berkongsi, dan bukan menjanjikan sesuatu. Tak salah mencuba, tapi salah kalau tak mencuba.

credit to http://blog.smartusaha.com/seo-secara-mudah/
related for: seo search engines|seo test|seo optimization |search engine seo|seo search engine marketing
  • Share/Bookmark
  • 0 Comments
  • Filed under: SEO, tips, tokoh
  • Products of Raja Kamil’s Network

    Tawaran 30 hari ini bermula dari
    13 Jan sehingga 13 Feb 2010
    dari saya admin baru ASB (norazuan)
    dan juga bersempena dengan bonus saya iaitu penambahan transkrip
    Aku Seorang Blogger bagi memudahkan para blogger

    Tawaran ini terhad untuk 30 orang sahaja.

    Anda boleh melihat review terbaru Produk Aku Seorang Blogger ini dengan klik link ini atau  link ini.

    dan

    Saya juga akan menberikan 6 Ebook Bonus Secara PERCUMA kepada pembeli Aku Seorang Blogger iaitu :-

    1. Easy_Blog_Traffic
    2. Blogging-For-Affiliates
    3. Blogging_For_Profits
    4. Blogging-The-Complete-Guide
    5. Blogging_For_Fun_Profit
    6. Secrets-of-the-Super-Blogger

    1. Easy_Blog_Traffic

    2. Blogging-For-Affiliates

    3. Blogging_For_Profits

    4. Blogging-The-Complete-Guide

    5. Blogging_For_Fun_Profit

    6. Secrets-of-the-Super-Blogger

    Dapatkan sekarang sebelum kouta 100 orang  mencukupi, dengan harga tawaran ini ianya pasti satu pelaburan bijak untuk anda meningkatkan traffik, subscriber dan seterusnya menjana pendapatan daripada Blog Anda.

    *Kuota sekarang hanya untuk 30 orang sahaja lagi.

     

    • Share/Bookmark
  • 0 Comments
  • Filed under: tokoh
  • Selamat Tahun Baru

    Selamat Tahun Baru 1431 Hijrah

    Dapatkan Lebih Info Dengan Aku Seorang Blogger

    • Share/Bookmark
  • 0 Comments
  • Filed under: tokoh
  • Saya tahu saya masih baru dalam bidang blogging, dan mungkin selepas ini saya akan lebih banyak berkongsi tentang skill & teknik blogging dengan anda. Saya ingin berkongsi dengan anda sedikit pengenalan & mengapa anda harus berblogging. Ia sebenarnya tidaklah sesukar yang anda bayangkan. Bagi mereka yang telahpun mempunyai blog tetapi masih tiada traffik & pembaca, artikel ini untuk anda. 

    Adakah anda benar-benar faham apakah itu blogging? 

    Ramai yang selalu bertanya kepada saya apakah perbezaan website dan blog. Sebenarnya langsung tiada perbezaan. Website atau laman web, mempunyai pelbagai jenis seperti forum, portal, news, ecommerce (kedai online), salesletter (web jualan), blog dan banyak lagi. Oleh itu, blog sebenarnya adalah sejenis laman web. Faham sekarang? Blog berasal dari istilah ‘web log’ yang diringkaskan menjadi ‘blog’. Blog sebenarnya hampir sama dengan news tetapi ia lebih kepada artikel peribadi dari pemilik blog yang disusun mengikut tarikh dan masa. Di sebabkan ia lebih kepada artikel peribadi, ia sering dikaitkan dengan diari peribadi pemilik blog. Tetapi zaman sekarang nie, blog bukan untuk artikel peribadi sahaja tetapi untuk menulis gosip2 artis dan melakukan ‘article marketing’. Sesuatu yang istimewa tentang blog adalah ia lebih mesra ‘enjin carian’ dan lebih sesuai dengan teknologi RSS.

    Siapa yang akan melawat blog kita?

    Blog sebenarnya adalah perkongsian minat, atau topik yang akan mengakibatkan semua orang yang sama minat atau bidang dengan kita, datang dan membaca di blog kita. Jika anda menulis blog tentang memancing, sudah tentu kaki pancing sahaja yang akan menemui blog anda. Seperti blog ini, saya menceritakan tentang keusahawanan internet, oleh itu hanya mereka2 yang memiliki minat yang sama sahaja yang akan menemui blog ini. Oleh itu jika anda sedang menjalankan perniagaan di Internet seperti eBay, Lelong dan sebagainya, pastikan anda juga berblogging kerana ia tidak akan merugikan anda.

    Mengapa blog anda tiada traffik?

    Jika anda mengkaji secara mendalam tentang blogging, sudah tentu anda tahu satu strategy yang terbaik untuk mencari pengunjung blog adalah dengan menyumbangkan sesuatu kepada pelayar internet. Dengan hanya menulis artikel, anda memerlukan masa yang agak lama untuk mencari pelawat, tetapi jika anda tidak menulis artikel, semua pembaca anda tidak berminat lagi dengan blog anda (seperti yg terjadi kepada saya beberapa bulan lepas). Selain itu, blog anda juga perlulah disenaraikan di enjin carian dan ia mengambil masa yang agak lama. Sebab itulah banyak diluar sana anda melihat laporan-laporan percuma & ebook percuma yang diedarkan di Internet. Selain dari blogger tersebut mencari mailling list, beliau membina reputasi dan mempunyai pengikut tersendiri di Internet. Sebab itulah jika anda mempunyai blog tetapi tidak pernah menyumbang sesuatu, janganlah berasa hairan kerana traffik hanya masuk jika anda memberi faedah kepada mereka.

    Bolehkah menjana pendapatan dengan blogging?

    Pada awalnya saya sendiri mempersoalkan perkara ini. Tetapi setelah…

    Sambungan nya di sini.

    Selamat Membaca. :)

    • Share/Bookmark

     Powered by Max Banner Ads